search
Log In
10 votes
131 views
in Human Resource Management 23,840 points 32 79 152

2 Answers

4 votes
 
Best answer
JKR telah mempunyai Dasar Inovasi JKR yang telah dilancarkan pada 2012 dan Kerangka Strategi JKR bagi tahun 2012 - 2015 telah meletakkan 'innovation organisation' sebagai salah satu dari lima tema yang ada. Kedua-dua dokumen ini akan menjadi asas (foundation)  kepada pembudayaan kreativiti dan inovasi JKR.

Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi (KPPI) dan duta inovasi  bagi setiap cawangan juga telah dilantik yang akan bertindak sebagai tiang yang menyokong  dan  menggerakkan pembudayaan kreativiti dan inovasi di cawangan JKR.  Kini JKR perlu membina dinding yang merupakan aktiviti inovasi yang telah dimulakan dengan aktiviti jejak inovasi 2013 bagi mengumpul semua inovasi satu JKR diperingkat cawangan dan Negeri, dan banyak lagi aktiviti inovasi yang akan dijalankan dalam tahun ini dan seterusnya.
7,240 points 9 29 47
selected by
1 vote

Untuk makluman, PROKOM dengan kerjasama UTM sedang melaksanakan Program Latihan Value Creation Acceleration Through Creativity & Innovation Experience (VACCINE). Saya adalah salah seorang pegawai yang menyertai program latihan ini dan boleh dirumuskan bahawa ianya 'worth it to attend'.

 

Penerangan berkenaan program latihan tersebut boleh diperolehi di website PROKOM.

https://www.jkr.gov.my/prokom/index.php?option=com_content&view=article&id=231&Itemid=391&lang=ms

 

Program latihan ini bukan sekadar latihan di dalam kelas, namun ianya adalah latihan 'hands on' dengan menyelasaikan masalah sebenar di dalam JKR (masalah yang telah dikenalpasti oleh Pengurusan Atasan JKR).

 

Saya percaya program latihan ini dapat membudayakan kreativiti dan inovasi di JKR.

 

 

1,180 points 1 5 15
edited by
...