search
Log In
7 votes
80 views
in Assets & Facilities Management 23,840 points 32 79 152

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Post Occupancy Evaluation atau POE adalah sangat penting di dalam pengurusan Aset Bangunan kerana :

1) Ia dapat menilai sejauh mana penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh aset bangunan tersebut mencapai kepuasan pengguna bangunan. Ini adalah kerana POE adalah bersangkutan dengan perasaan pengguna bangunan.

2) Keputusan atau Laporan yang diperolehi daripada Penilaian POE boleh digunakan sebagai panduan kepada kumpulan perekabentuk untuk menambahbaik rekabentuk bangunan yang akan dihasilkan. Ini boleh mengatasi isu "perekabentuk syok sendiri dalam menghasilkan rekabentuk" kerana keperluan sebenar penggunan bangunan dapat disalurkan dengan cara yang betul. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan rekabentuk bangunan yang sangat berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna bangunan.

3) Selain daripada input kepada perekabentuk, POE juga boleh membantu pengurus aset untuk mengetahui keperluan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan supaya sesuatu aset bangunan yang digunakan itu dapat berfungsi dan menyampaikan perkhidmatannya pada tahap optimum disepanjang kitar hayat aset bangunan tersebut.
22,410 points 22 84 142
selected by
...