Setiap projek adalah unik. Untuk menentukan risiko yang paling tinggi ada kaitannya dengan objektif projek yang paling utama yang perlu dicapai. Sebagai contoh, menyiapkan projek tanpa kos tambahan menjadi objektif utama kerana secara muktamadnya tiada langsung peruntukan tambahan akan diluluskan, maka risiko yang menyumbang kepada pertambahan kos projek adalah risiko yang paling tinggi.