POE adalah salah satu mekanisma yang baik bagi mendapatkan maklumat tentang kepuasan pengguna sesebuah bangunan yang telah diduduki dalam sesuatu tempoh. Semasa peringkat pembangunan garis panduan POE kami telah laksanakan beberapa siri Penilaian POE dan juga beberapa penambahabaikan bagi memantaapkan dokumen Garis Panduan POE ini.
Di antara lesson learnt yang boleh diperolehi daripada Penilaian POE ini adalah :
1) Rekabentuk yang memenuhi keperluan sebenar pengguna. Seringkali kita dapati setelah projek diserahkan kepada pelanggan maka mereka terus melaksanakan ubahsuai. Kenapa ini terjadi? Kebiasaannya adalah kerana rekabentuk yang diberikan tidak memenuhi keperluan pengguna.
2) Dengan menjalankan POE maka, masalah yang sering berulang (recurring) dapat diatasi kerana masalah tersebut telah dikenalpasti semasa POE dijalankan. dan Laporan POE ini akan dikongsi dengan semua kakitangan JKR terutama sekali kepada pasukan perekabentuk.
3) Kos Ubahsuai setelah projek disiapkan dapat dielakkan kerana Laporan POE yang lalu dapat dijakdikan sebagai panduan kepada pasukan projek bagi menghasilkan satu projek yang berkualiti.
4) POE juga dapat membantu di dalam mengenalpasti kepada sesuatu punca masalah atau isu yang berkaitan antara pengguna bangunan dan aset bangunan itu sendiri. Sebagai contoh terdapat kakitangan yang menyatakan suhu penghawa dingin adalah terlalu sejuk. Walaubaimanapun, selepas kajian dibuat didapati suhu penghawa dingin adalah normal. walaubagaimanapun dari satu aspek pengguna bangunan telah ditemui iaitu aspek pakaian yang mana ianya mempengaruhi tahap keselesaan pengguna bangunan tersebut.
Oleh itu, POE ini adalah satu mekanisma yng perlu kita praktikkan demi ke arah perkhidmatan aset yang optimum.... InsyaAllah....