Setuju dengan pandangan tuan di atas, IBS sekadar Kaedah Kerja Pembinaan yang baru di Malaysia dan telah terbukti baik dan cepat (di negara lain) jika diurus dan dirancang dengan baik.. Sebelum ini tidak menggunakan IBS juga masih banyak projek yang lewat dan sakit.
Tetapi jika projek diurus dengan baik oleh pihak kontraktor semasa pembinaan dan dipantau prestasi oleh pelaksana, saya yakin Projek IBS akan menjadi contoh kepada projek-projek yang lain malah IBS Scoring yang tinggi juga boleh tercapai.
Pada pendapat saya masalah IBS timbul kerana kita tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu idea tanpa perancangan yang rapi menyebabkan ia tidak dapat dicapai. Sebaiknya kerajaan berunding dengan pengeluar supplier IBS dan buat dahulu model projek dan semak keberkesanannya/semak masalah rekabentuk IBS sebelum diaplikasi ke seluruh negara.
Tetapi sehingga kini masih terdapat banyak masalah dalam method of statement dalam pemasangan IBS terutama apabila melibatkan projek hybrid antara IBS dan konventional.
Satu lagi masalah IBS adalah kontraktor utama bukannya kontraktor IBS tetapi merupakan subkontraktor. Timbul masalah apabila hampir 80-90% kos projek merupakan kos bahan IBS. Dan semestinya pengeluar IBS akan meminta wang pendahuluan untuk barang mereka yang kos ini agak tinggi kepada kontraktor utama menyebabkan masalah kewangan kepada kontraktor.
Saya yakin jika masalah-masalah ini diuruskan dengan baik, pada masa akan datang Projek Sakit IBS akan berkurang kerana bangunan dibina seperti LEGO.
Tahukah anda bagaimana LEGO berjaya? Ia berjaya apabila rekabentuk bata LEGO dibina dengan baik. Cuba bayangkan jika dua bata LEGO tidak muat/longgar antara satu sama lain = GAGAL.
