search
Log In
11 votes
682 views
Keberkesanan pelaksanaan sistem IBS di JKR. Adakah ianya menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan/penyiapan projek?
in Structure 880 points 3 6 11
retagged by

4 Answers

6 votes

Pada pendapat saya, objektif pelaksanaan menggunakan sistem IBS adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, meningkatkan kualiti pembinaan, mengurangkan PATI dan mengurangkan kos.

Walaubagaimanapun, sehingga kini berdasarkan projek semasa;

  • Hanya kerja-kerja struktur sahaja dapat disiapkan dengan cepat dan sebaliknya bagi skop skop kerja yang lain menyumbang kepada kelewatan penyiapan projek.
  • Kos tidak dapat dikurangkan kerana hanya projek kerajaan diarahkan untuk menggunakan sistem IBS. Kurang permintaan bermaksud kos secara keseluruhan tidak dapat dikurangkan
  • Objektif mengurangkan tenaga kerja asing (PATI) tidak berjaya dikurangkan kerana kebanyakkannya beralih kepada industri lain.
  • Menghasilkan kualiti pembinaan (kemasan & workmanship) yang lebih baik.
890 points 3 5 9
6 votes

Jawapannya TIDAK.

JIka kita lihat pada teknologi pembinaan masa kini, Sistem IBS adalah penyumbang kepada memperCEPATkan pelaksanaan/penyiapan projek.

Contohnya:-

1. Pembinaan hotel 30 tingkat dalam tempoh 15 hari.

2. Rumah 1 tingkat disiapkan dalam tempoh 7 hari dan 14 hari.

3. Rumah banglo 2 tingkat disiapkan dalam tempoh 4 minggu

 

Semua Jurutera di JKR perlu mengubah persepsi bahawa IBS adalah penyumbang kelewatan projek. Perlu ingat bahawa faktor utama kelewatan projek adalah kerana PENGURUSAN (klien, pelaksana dan kontraktor(terutamanya)) yang LEMAH di peringkat perancangan hingga ke peringkat pembinaan dan serahan.

Mengambil artikel dari  : PROF. MADYA ZAKARIA MOHD YUSOF Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia

PUNCA PROJEK GAGAL SIAP IKUT JADUAL - CARA ATASINYA

 
UTUSAN MALAYSIA, 4 Jun 2009

KEKESALAN yang dilahirkan oleh Menteri Kerja Raya berhubung projek-projek pembangunan yang lambat siap atau tidak dapat disiapkan (terbengkalai), sebenarnya bukanlah isu baru di negara ini.

Selain boleh menjejaskan nama baik agensi kerajaan berkaitan, ia juga akan memberi kesan kepada bakal pengguna. Biasanya akan melibatkan orang ramai apabila memperkatakan tentang projek-projek pembangunan oleh kerajaan.

Kegagalan demi kegagalan kontraktor menyiapkan projek mengikut jadual menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah kemampuan sebenar kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Dalam perkara ini, punca kegagalan pelaksanaan projek perlu diteliti dan antara sebabnya ialah:
Pertama, ramai kontraktor yang tidak faham dengan mendalam tentang projek yang mereka laksanakan. Keadaan itu menyebabkan mereka gagal menjangka masalah-masalah yang bakal dihadapi.

Kedua, tiada perancangan rapi di peringkat awal projek. Perancangan sepatutnya meliputi sumber iaitu keperluan bahan binaan, tenaga kerja, keperluan peralatan serta perancangan aliran tunai projek.

Ketiga, tiada komitmen mendesak dalam diri sesetengah kontraktor. Akibatnya terhasillah "projek sambil lewa" dan mereka kemudiannya mengharap tempoh dilanjutkan.

Keadaan-keadaan di atas itu berlaku disebabkan kebanyakan kontraktor datang daripada latar belakang bukan dalam bidang pembinaan. Justeru, mereka tidak mempunyai pengetahuan mantap dalam selok belok pembinaan.

Kedua, mereka membuat perhitungan harga yang tidak tepat atau rendah disebabkan terlalu ingin memenangi tender projek berkenaan.

Ketiga, perhitungan harga yang tidak terperinci menyebabkan kesukaran untuk menyediakan perancangan kos perlaksanaan projek serta kemungkinan berlakunya pembaziran yang ketara.

Keempat, mereka gagal menentukan masa penyiapan projek dengan munasabah dan gagal mengenal pasti masalah-masalah yang mungkin timbul.

Kelima, mereka terlalu bergantung kepada sub kontraktor dan tidak menyediakan teknik pemantauan yang sempurna.

Bagaimanapun, kelemahan-kelemahan tersebut boleh diatasi sekiranya semua pihak mengambil sikap sentiasa peka dengan semua keadaan. Maka, kerajaan hendaklah memastikan kontraktor-kontraktor yang dilantik benar-benar mempunyai pengalaman. Mereka perlu mempunyai rekod yang memuaskan sebelum dilantik menjadi kontraktor.

Selain itu, pemilihan kontraktor tidak seharusnya berdasarkan kepada harga tender paling rendah semata-mata. Sebaliknya berdasarkan kepada sejauh manakah hampirnya harga tender dengan anggaran kos yang terperinci yang disediakan oleh Juruukur Bahan berkelayakan.

Kerajaan juga mesti memastikan kontraktor menyediakan jadual perancangan projek secara terperinci sebelum kebenaran memiliki tapak. Dan ia hendaklah merangkumi kesemua kategori projek dan kelas kontraktor.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan sesuatu projek hendaklah sentiasa memberi ingatan kepada kontraktor sekiranya projek menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya kelewatan.

Pihak berkenaan seharusnya mengarahkan kontraktor terbabit untuk membentangkan jadual pemulihan bagi mengelakkan berlaku kelewatan yang lebih buruk.

Kerajaan sendiri perlu mencadangkan tempoh penyiapan yang munasabah sebagai asas untuk kontraktor menyiapkan projek dan bukannya berdasarkan kepada cadangan oleh kontraktor.

Selain itu, peraturan yang lebih ketat dalam pemberian lesen kepada kontraktor pada masa depan perlu dilakukan. Ini kerana kita memerlukan kontraktor yang benar-benar berwibawa.
4,990 points 5 27 43
0

Berkaitan dengan IBS. Pada pandangan saya IBS adalah sekadar Method Kerja dalam melaksanakan kerja pembinaan.

Manakah yang lebih penting antara IBS dengan Tempoh Kontrak?  Masa adalah essential of contract. Tiada di dunia nie kontrak yang tidak menyebut pasal masa/tempoh. manakala IBS adalah perkara ke 2 yang perlu diberi pertimbangan . Apa guna pakai IBS sehingga projek terlalu lama untuk disiapkan.

Pada pandangan saya, sekiranya Projek IBS dapat disiapkan dalam tempoh kontrak dengan kualiti yg sempurna tetapi tidak tercapai IBS scoring adalah lebih baik dari sibuk nak mencapai IBS scoring sampai projek delay dan client not happy dengan kelewatan tersebut. Nie dah imcompliant with contract tapi depend to PP untuk menyelesaikan disebabkan IBS tidak tercapai SCORE."Part contractual Management nie".hehehe

Kalau tengok dalam youtube, cepat jer projek siap dengan IBS. Tapi di Malaysia adakah teknologi tersebut boleh digunapakai/diadaptasi walaupun seringkali dengar perkataan teknology tranfer di corong telinga kita? Pelaksana seperti kita ni sempat ker nak study pasal teknology tu availble di Malaysia atau tidak.

Projek Lewat disebabkan IBS tidak patut diwar2kan tetapi kita (JKR) perlu berbincangan macamnana nak tackle problem projek IBS supaya mencapai target TQM kita. 

1

Setuju dengan pandangan tuan di atas, IBS sekadar Kaedah Kerja Pembinaan yang baru di Malaysia dan telah terbukti baik dan cepat (di negara lain) jika diurus dan dirancang dengan baik.. Sebelum ini tidak menggunakan IBS juga masih banyak projek yang lewat dan sakit.

Tetapi jika projek diurus dengan baik oleh pihak kontraktor semasa pembinaan dan dipantau prestasi oleh pelaksana, saya yakin Projek IBS akan menjadi contoh kepada projek-projek yang lain malah IBS Scoring yang tinggi juga boleh tercapai.

Pada pendapat saya masalah IBS timbul kerana kita tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu idea tanpa perancangan yang rapi menyebabkan ia tidak dapat dicapai. Sebaiknya kerajaan berunding dengan pengeluar supplier IBS dan buat dahulu model projek dan semak keberkesanannya/semak masalah rekabentuk IBS sebelum diaplikasi ke seluruh negara.

Tetapi sehingga kini masih terdapat banyak masalah dalam method of statement dalam pemasangan IBS terutama apabila melibatkan projek hybrid antara IBS dan konventional.

Satu lagi masalah IBS adalah kontraktor utama bukannya kontraktor IBS tetapi merupakan subkontraktor. Timbul masalah apabila hampir 80-90% kos projek merupakan kos bahan IBS. Dan semestinya pengeluar IBS akan meminta wang pendahuluan untuk barang mereka yang kos ini agak tinggi kepada kontraktor utama menyebabkan masalah kewangan kepada kontraktor.

Saya yakin jika masalah-masalah ini diuruskan dengan baik, pada masa akan datang Projek Sakit IBS akan berkurang kerana bangunan dibina seperti LEGO.

Tahukah anda bagaimana LEGO berjaya? Ia berjaya apabila rekabentuk bata LEGO dibina dengan baik. Cuba bayangkan jika dua bata LEGO tidak muat/longgar antara satu sama lain = GAGAL. 

5 votes
Beri masa pada IBS saperti mana kita melalui penggunaan coldform steel roof truss dulu. Pada mula ia menyumbang kepada kelewatan penyiapan dan harga projek tapi bila pembekal bertambah ia makin murah dan cepat. Sekarang kat kampung pun pakai steel roof truss
10,990 points 9 43 89
4 votes
Sekiranya dirancang & diurus dengan baik, pelaksanaan IBS akan mempercepatkan proses pembinaan struktur konkrit( tiang, rasuk, papak). Tapi dari segi " aesthetic" kurang elok/cantik sebab biasanya ada kelihatan " corbels" dan saiz tiang & rasuk yang lebih besar.  Dari segi kos pula, projek IBS biasanya adalah lebih mahal ( anggaran 20 % ) berbanding projek konvensional. Jadi, sepatutnya, kos yang lebih tinggi ini dapat di " balance" dengan tempoh penyiapan yang lebih cepat untuk memuaskan hati klien2 kita...
23,840 points 32 79 152
...