Sangat setuju dengan komen tuan, biasanya semasa pemasangan dinding sesekat, penyeliaan akan menjadi longgar jika dibandingkan diperingkat pembinaan struktur. Ramai yang terlepas pandang pemasangan bar pengikat antara tiang dan dinding bata serta keperluan untuk pengunaan dawai 'esmet' yang sepatutnya digunakan pada setiap empat lapisan tembok bata.
Untuk En mhdfadzil yang bertugas di tribunal, rasanya pemaju amat jarang sekali memantau kerja-kerja di tapak dan hanya berharap kepada COW perunding mereka yang biasanya hanya memantau kerja-kerja struktur. Berdasarkan pengalaman, memantau kerja-kerja senibina (pemasangan dinding sesekat dan kemasan) adalah lebih memenatkan berbanding menyelia kerja-kerja struktur.