search
Log In
12 votes
85 views
Saya difahamkan terdapat pekeliling pembendaharaan yang membolehkan pembayaran dibuat sebanyak 50% dahulu selepas menerima tuntutan supaya pihak yang membuat tuntutan menerima tuntutan dan baki 50% dibayar selepas semakan dibuat. Mohon pencerahan daripada tuan/puan..
in Contract Administration 2,230 points 4 11 18

3 Answers

5 votes
Pandangan saya,

Memang terdapat arahan  seperti itu satu masa dahulu tetapi berhati hati....Risiko nya adalah tinggi. akan terjadinya overpayment. Saya rasa tak lagi diamalkan.....not me!

Timbulnya arahan tersebut adalah kerana konon nya tuntutan lambat untuk diproses,....justeru kita di arah ambil risiko tersebut...Pada saya , lebih eluk kita ambil jalan selamat, kurangkan risiko overpayment....Kontraktor kena submit all details of claims within 3 months from CPC.....jika melebihi tempoh ini..kita boleh  reject terus...tak gitu?

Segerakan tindakan memproses tuntutan tersebut adalah lebih baik dari menanggung risiko di atas.....
6,610 points 3 31 57
0
Untuk makluman, sekiranya terdapat bebanan tugas yang banyak iaitu dalam masa sama hendak merekabentuk dan dalam masa sama hendak meneliti tuntutan yang telah diterima menyebabkan kelewatan dalam memproses tuntutan itu. Sekiranya terdapat pekeliling tersebut maka kita boleh membayar dahulu 50% tuntutan. Namun terdapat isu sekiranya berlaku overpayment. Saya difahamkan bahawa walaupun berlaku overpayment dengan menggunakan pekeliling tersebut, pegawai tidak bersalah namun seeloknya semakan secara overall boleh dilakukan samada 50% tuntutan tersebut overpayment atau tidak. Mohon salinan pekeliling tersebut dan pencerahan daripada tuan/puan
5 votes
Sekalipun ada pekeliling membenarkan pembayaran boleh dibuat 50% dahulu selepas tuntutan, kita sebagai pelaksana kena berhati-hati supaya tidak berlaku overpayment walaupun secara prinsipnya ianya boleh dibayar.  Pembayaran ke atas Basic Services tak jadi masalah sebab ianya jelas telah ditetapkan mengikut peringkat sebagaimana dalam MOA...Cuma timbul bagi pembayaran untuk tuntutan ke atas 'Additional Services' atau' reimbursables item' yang memerlukan semakan kpd dokumen sokongan dan kelayakan supaya selari sebagaimana digariskan dlm SPP bil 2/2012 dan juga MOA.  Yang penting kena yakin.....
2,740 points 3 14 39
3 votes
Pada satu masa yang lepas, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan arahan untuk bayar 50% daripada pengesyoran perunding untuk mempercepatkan bayaran kepada kontraktor. Tetapi tiada sebarang peruntukan dalam 1PP yang membenarkan pembayaran 50% daripada pengesyoran Perunding dibuat sebelum disemak oleh JKR. Maka adalah tidak wajar untuk meneruskan amalan ini, Kemungkinan under payment leading to adjutication atau over payament yang amat bahaya mungkin berlaku.
6,030 points 11 32 55
...