Pada masakini terdapat banyak website jabatan kerajaan di Malaysia yang telah mewujudkan maklumat mengenai info banjir untuk hebahan awam seperti :
1. JKR - E - bencana
2. JPS - info banjir
3. MKN (Majlis Keselamatan Negara )
4. JAS (Jabatan Alam Sekitar )
5. Jabatan Metereologi - info cuaca & hujan
Situasi ini adalah menyukarkan orang-orang awam & jabatan-jabatan serta pemimpin-pemimpin negara dan negeri untuk mendapatkan maklumat terkini kerana perlu melayari pelbagai website untuk mendapat info keadaan jalan, paras air sungai, cuaca, maklumat hujan , bantuan kerajaan dan lain-lain lagi maklumat.
Oleh itu sukacita saya ingin mencadangkan agar pengurusan atasan JKR dapat mempertimbangkan cadangan ini dan membawa perkara ini kepada kerajaan agar dapat mewujudkan hanya satu website sahaja untuk info BENCANA dan input-input disediakan/dikemaskini oleh jabatan-jabatan yang berkaitan dengan maklumat tersebut. Dengan ini maka pembaziran masa & kewangan dapat dielakkan serta maklumat dapat dikongsi bersama oleh pihak-pihak yang berkepentingan.Terima kasih.