search
Log In
21 votes
234 views
Mengapa masih ada 5 muka surat soalan yag masih tiada jawapan dlm J-CoP Cafe? Di mana SME yg sepatutnya beri pencerahan pada warga JKR?
in Miscellaneous 10,970 points 9 43 89

5 Answers

12 votes

Terdapat 5 mukasurat soalan yang masih  tiada jawapan adalah disebabkan kebanyakan warga JKR  MUNGKIN sangat berhati hati memberi jawapan (play safe), manakala SME MUNGKIN JUGA  tidak meletakkan JCoP sebagai keutamaan memandangkan beban tugas harian yang tiada penghujungnya.

7,240 points 9 29 47
2
Pertanyaan daripada saudara abubakarms itu sebagai indikator kepada JKR bahawa ramai pegawai jkr yang memberikan perhatian terhadap jawapan setiap soalan yang dikemukakan.Sekurang-kurangnya beri maklumbalas " DALAM PERHATIAN" sebagai tanda keperihatinan . Jika tiada maklumbalas maka wujudlah persepsi negatif seperti MENGARUT,BUANG MASA, DIANAKTIRIKAN dan lain-lain. Hanya pandangan. Terima kasih.
15 votes

Beberapa kemungkinan soalan yang masih tiada jawapan :

  1. Soalan Terlalu Teknikal / Sukar dan Hanya Pihak Berkuasa seperti Level Pengarah sahaja yang mampu menjawab. Soalan teknikal perlu dijawab oleh pakar sebab ia teori dan fakta.
  2. Soalan tiada kualiti atau terlalu remeh
  3. Soalan Berulang dengan soalan sebelum ini
  4. Kesibukan semua pegawai JKR kerana komited dengan tugasan harian hingga membawa pulang kerja ke rumah untuk disiapkan.
  5. Ramai pegawai suka membaca sahaja tanpa memberikan ulasan. Soalan dibaca tetapi tiada jawapan.
  6. Soalan / jawapan sensetif bimbang jawapan yang diberikan memberikan kesan pada kerjaya (diam diri lebih baik).
9,540 points 25 58 109
10 votes
Mengenai soalan2 yang masih belum ada jawapannya, mungkin kita boleh cuba tag nama rakan sekerja atau SME yang kita kenal (dan berdaftar dengan JCoP Cafe) yang kita rasakan boleh membantu memberi pencerahan - sekiranya feature ini ada di dalam JCoP Cafe.

Contoh terbaik penggunaannya yang saya perhatikan adalah di laman Facebook - bila kita tag nama seseorang di status contohnya, individu tersebut akan mendapat notifikasi dan ambil tindakan susulan...
49,890 points 33 88 177
1
Ya baru user friendly
1
saya bersetuju dengan cadangan ini.  Mungkin SME berkenaan tidak mendapat notification kerana laman ini tidak dibuka setiap hari.
2 votes

Fungsi "Mention" telah diperkenalkan di dalam Portal JCoP Cafe bermula pada September 2019. 

Kaedah penggunaannya adalah sama seperti di Facebook/Twitter dengan hanya menaip @ dan diikuti dengan nickname SME/Pakar Rujuk/Pengguna berkaitan. Seterusnya, individu tersebut akan menerima notifikasi melalui emel untuk tindakan susulan.

Contohnya @syahmiabdullah

49,890 points 33 88 177
2
Cuba buat tapi tak semua nama appear. Contoh @Ir Siti Nor Hassan
2

Untuk Ir Siti Nor Hassan, username JCoP Cafe beliau: "SitiNor"

Boleh masukkan @SitiNor yes

1 vote
SME / Pakar Rujuk hanya pakar dalam bidang tertentu sahaja.
12,240 points 11 24 85
...