search
Log In
12 votes
126 views
Projek Persekutuan dimana Pengurus Program adalah JKR (SBU), kemudian Projek tersebut diserahkan kepada JKR Sarawak (bukan entiti JKR Malaysia) sebagai Pegawai Penguasa, Adakah JKR Sarawak perlu mematuhi Pekeliling KPKR atau Terlakluk pada Pekeliling mereka sendiri?

Bagaimanakah sekiranya mereka memilih untuk tidak mengikut pekeliling KPKR? Mohon bantuan QS / Sesiapa yang berpengalaman.
in Civil 9,540 points 25 58 109

1 Answer

3 votes
 
Best answer
JKR Sabah dan Sarawak adalah tertakluk di bawah kerajaan negeri iaitu di bawah Kementerian Kerja Raya negeri masing-masing. Oleh itu mereka secara langsung adalah tidak berkait dengan pentadbiran di bawah JKR Malaysia. Walau bagaimana pun bagi urusan kewangan mereka adalah dipinta mengikut tatacara prosidur kewangan seperti termaktub di bawah perkara kewangan persekutuan bagi persekutuan.

Bagi projek yang diserahkan oleh JKR Malaysia untuk dilaksanakan oleh JKR Sabah dan Sarawak, kita meminta kerjasama mereka untuk mengikuti pekeliling yang dikeluarkan oleh KPKR seboleh mungkin. Setakat ini mereka memberi maklumbalas yang baik.
42,830 points 28 107 208
edited by
0
Terima Kasih atas maklumbalas.

Walaubagaimanapun, JKR Malaysia dan CKK Khususnya perlu memikirkan satu bentuk MOU atau perjanjian yang jelas dengan JKR Sarawak agar ulasan/Laporan Audit Negara terhadap beberapa kelemahan yang berlaku kepada projek yang diselia oleh JKR Sarawka tidak berulang pada masa hadapan.contohnya pematuhan terhadap OP dll isu kontrak.
...