En Farijal,
Saya amat bersetuju dengan tuan mengenai perkara ini. Dan JKR perlu melihat perkara ini dengan serius. Manakala pihak Klien pula sedia untuk duduk, berbincang dan mencapai penyelesaian bersama.
Ini adalah pandangan dari saya yang dikategorikan masih junior di JKR
Jika kita lihat kepada peringkat perancangan projek, tumpuan kita ialah kepada "Time", "Skop", dan "Cost" dan JKR juga ambil berat berkaitan dengan "tempat/lokasi" oleh pihak klien. Seringkali kita dengar tempat yang disediakan oleh pihak Klien ini amat tidak bersesuaian dengan projek yang hendak dilaksanakan contohnya dari segi access ke lokasi dan mungkin ada sesetengan lokasi yang disediakan oleh pihak Klien itu memerlukan peruntukan besar untuk kerja tanah dan pengukuhan tanah dan lebih mendukacitakan lagi, tempat yang dicadangkan tersebut bercanggah dari segi hakmilik. Ini secara tidak langsungnya akan mengakibatkan "cost increase" dan tempoh pembinaan menjadi lebih panjang.
JKR juga mengalami dilema untuk melaksanakan projek yang mana skop yang hendak dilaksanakan tidak berpadanan dengan peruntukan yang disediakan. JKR juga seringkali menghadapi skop yang sentiasa berubah-ubah yang mana ini secara tidak langsungnya memberi kesan kepada tempoh masa projek tersebut.
Bagi Quality pula, saya masih lagi percaya, jika Spec JKR betul-betul dipatuhi sepenuhnya oleh pihak Kontraktor, maka Quality sepatutnya tidak akan menjadi isu. Dari segi ini siapakah yang bertanggungjawab sebenarnya??? JKR atau pihak Kontraktor?? Dan kebiasaanya Staf JKR ditapak yang akan dipertanggungjawabkan..... "Yang menjadi kerisauan saya, satu masa tidak akan ada Engineer JKR yang sanggup jaga projek lagi dan mereka lebih suka menjadi pemantau dari pejabat sahaja"".
Pada pandangan saya pula, jika sesuatu projek tersebut diserahkan kepada kontraktor "Know how" instead of kontraktor "know who", maka baguslah produk yang dihasilkan.
Satu lagi trend ialah perbelanjaan adalah petunjuk prestasi utama. Walaupun banyak NCR yang dikeluarkan oleh JKR tapak, disebabkan oleh tekanan KPI bagi perbelanjaan tak tercapai, ada kemungkinan JKR tapak terpaksa membuat pembayaran terlebih dahulu kepada kontraktor dengan harapan kontraktor akan melaksanakan kerja pembaikan kemudian... dan hakikatnya pembaikan tersebut hanya dilaksanakan ala kadar sahaja.
Saya masih lagi percaya, melalui Lesson Learnt, kita akan dapat memastikan kesalahan sebelum ini tidak akan berulang untuk " Next Project" bukan saja dari segi Quality, juga dari segi masa, dan cost.
JKR telah banyak mengeluarkan banyak prosidur serta manual pelaksanaan projek bagi memastikan projek yang dilaksanakan oleh JKR mencapai tahap kecemerlangan pelaksanaan projek yang ditetapkan termasuk dari segi cost, Time dan Quality. JKR juga telah melaksanakan IBS dalam projek-projeknya untuk memastikan kecemerlangan pelaksanaan projek. Cuma satu lagi yang JKR perlu serius untuk melaksanaakannya iaitu BIM untuk semua projeknya bagi memastikan;
1. Kecemerlangan Pelaksanaan Projek
2. Kelestarian Infrastruktur
3. JKR sebagai Pusat Rujukan Teknikal
4. Pelanggan Amat berpuashati dengan Projek yang dilaksanaka oleh JKR.
Sebelum ini saya ada lontarkan persoalan antaranya
1. "Improving construction productivity thru Collaboration and Lesson Learnt. Please give your suggestion and opinions"
2. "How to manage Stakeholder expectations?"
So, alangkah baiknya jika topik-topik ini dapat dibincngkan bersama.
WASSALAM, Terimakasih
Mohd Fairuz, CKASJ