search
Log In
14 votes
183 views
in Contract Administration 450 points 2 6 7

3 Answers

3 votes
Ada item CPM dalam preliminaries.
10,970 points 9 43 89
6 votes
Keperluaan menyediakan Programme of Work (CPM) dinyatakan dalam Syarat-Syarat Kontrak; Klausa 12, JKR 203 (Versi 2007) dan Klausa 13.5, JKR D/B (Versi 2007).
400 points 3 4
0
Jawapan terbaik
3 votes
CPM bukan merupakan sebahagian daripada kontrak. Namun begitu kontraktor dikehendaki mengemukakan CPM dalam tempoh 14 hari dari penerimaan SST untuk kelulusan P.P. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan CPM dalam tempoh yang ditetapkan tidak menjejaskan tanggungawab kontraktor untuk melaksanakan kerja di bawah kontrak.
6,030 points 11 32 55
0

Apabila kontraktor dianugerahkan sesuatu projek, adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menyiapkan kerja tersebut mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh Klien. CPM adalah cara bagaimana kerja akan disiapkan dan juga sebagai janji kontraktor bahawa projek tersebut dapat disiapkan dalam jangka masa yang dijanjikan. Namun begitu, CPM bukan perkara yang mengikat klien sekiranya berlaku perubahan tatacara kerja (method of statement) dan ia bukan sebahagian daripada kontrak.

...