search
Log In
14 votes
177 views
Adakah anda setuju tentang pandangan sesetengah pihak bahawa anggaran jabatan (AJ) yang disediakan oleh JKR adalah mahal?
in Contract Administration 450 points 2 6 7
1
Secara umumnya, bagi tender terbuka, AJ dianggap tinggi mengambilkira faktor kontraktor perlu bersaing bagi mendapatkan tender (kompetitif). Manakala bagi rundingan terus, AJ sering dianggap rendah atas dasar tiada persaingan yang perlu kontraktor alami bagi mendapatkan tender.

3 Answers

11 votes
Anggaran jabatan JKR selalunya consistent dan mengambil kira semua aspek termasuk lokasi projek, kemudahan bahan binaan dll. Jarang sekali AJ termasuk dlm gulungan 'freak' semasa proses cut-off dan ini telah ambil kira harga gila2 yang dimasuki oleh para kontraktor. AJ nampak tinggi sebab para kontraktor masuk harga terlalu rendah hanya sebab nakkan kerja. Apabila dapat kerja masaalah pulak pada JKR jadi projek sakit dan gagal siapkan kerja.
10,970 points 9 43 89
1

tepat sekali,

ana setuju dengan komen ente

اللهمّ يسر و لا تعسر

cool

8 votes
Saya bersetuju ada sesetengah anggaran jabatan terlalu mahal berbanding dengan harga tender kontraktor.  Tetapi mengambil kira bhw kaedah semasa penilaian tender jabatan menggunakan sistem 'cut-off'', anggaran jabatan kurang penting jika dibandingkan dengan harga tawaran kontraktor kerana ianya tidak memberi kesan kepada cadangan penerimaan sesuatu  tender.

Sudah tentu kita nampak anggaran jabatan tinggi/mahal kerana rata-rata kontraktor sekarang masuk tender harga rendah dengan mengurangkan % keuntungan. Anggaran jabatan ini penting di peringkat awal untuk jabatan menentukan jumlah peruntukan yang diperlukan .

Bagi mendapat Anggaran yang realistik, of course perlu mengambilkira berbagai aspek dari segi lokasi, harga pasaran dan kesukaran kerja dan juga kompleksiti projek dsbnya....
2,740 points 3 14 39
4 votes
Tidak setuju. Sebab dah namanya pun "ANGGARAN". Jadi soal mahal atau murah tu subjektif.

Adakah kontraktor yang ada aliran tunai yang mantap, ada sumber bahan2 binaan sendiri, kilang2 dan plant & machinery etc boleh menawarkan harga tender paling rendah bagi memastikan berjaya memenangi tender? Boleh saja kan. Tapi kena ingat sistem penilaian tender JKR mengutamakan sistem penilaian tender yang mengambilkira harga julat yang kompetetif relevan dengan harga semasa yang mana harga anggaran jabatan sendiri termasuk dalam bakul penilaian harga2 tender.
11,780 points 15 40 80
...