Saya rasa soalan ini menjurus kepada signages dalam bangunan. Walaubagaimana pun untuk provisional sum, rekabentuk perlu dibuat ke atas signages tersebut bagi membolehkan kontraktor hargakan jika dilaksanakan secara sebutharga. Dalam hal ini HODT perlu sediakan rekabentuk tipikal sahaja. Untuk rekabentuk terperinci boleh minta penender berjaya sediakan.
Bagi papan tunjuk arah jalan, rekabentuk hendaklah mematuhi Arahan Teknik Jalan berkaitan. Tapi kebiasannya pembekal papantanda jalan memang mahir dalam rekabentuk tersebut, cuma kita perlu semak samada ianya mematuhi Arahan Teknik tersebut.