Pertama sekali saya mengucapkan, Alhamdulillah dan tahniah kerana JKR telahpun melaksanakan rekabentuk IBS secara menyeluruh dalam semua projek-projek JKR. Selain itu juga saya difahamkan rekabentuk struktur juga telah mula menggunakan Eurocode.
Berkenaan dengan pandangan tuan, saya setuju rekabentuk IBS dapat menjimatkan masa terutamanya semasa pembinaan di tapak bina. Bagi menjimatkan masa semasa rekabentuk, saya mencadangkan agar semua unit di dalam CKAS dapat menggunakan satu 'bahasa' (standardization dalam lukisan pelan, butiran komponen, butiran tipikal, annotation, naming convention dsb.nya) dalam penyediaan lukisan. Manakala rekabentuk pula, perekabentuk perlu memahami konsep rekabentuk bangunan terutama semasa analisis rekabentuk (sebelum, semasa dan selepas) untuk sesebuah bangunan.
Dari segi masa dalam rekabentuk dan penyediaan lukisan, saya rasa pihak yang berkenaan perlu memahami piagam pelanggan dalam menyediakan rekabentuk dan juga proses/fasa dalam pelaksanaan projek yang mana ianya perlulah realistik (human/time/technology).
Sekian.