search
Log In
25 votes
322 views
in Civil 220 points 2 3 5

7 Answers

8 votes
It is very difficult to achieve grade 35 for a cement & sand mix, especially for the current situation where contractors  provide spacers just because they have to. The normal spacers for cement & sand mix can only achieve about grade 10 or 15 only.

This is why we normally recommend standard spacers - made of either either plastic or steel - but then again - how many contractors are willing to fork out the money to purchase these spacers.

We have to do some convincing & brainwashing the contractors to ensure they follow the standard practices recommended.
7,620 points 12 29 53
11 votes
  • Amalan menggunakan spacer dengan campuran simen + pasir seharusnya tidak diamalkan lagi dalam pembinaan dalam projek-projek JKR. Concrete spacer jenis ini tidak menepati kehendak durability dan severe environment concrete exposure

 

  • Spacer plastik atau high grade concrete spacer perlu dinyatakan di dalam addendum sekiranya perkara tersebut tidak jelas dalam spesifikasi (tidak pasti dalam spesifikasi terbaru bangunan ada dinyatakan berkenaan concrete spacer plastik / high grade concrete spacer). Secara amnya kontraktor suka mengelak daripada menyediakan amalan kejuruteraan yang baik, memandangkan kebiasaannya kerja-kerja konkrit dijalankan oleh sub-kontraktor yang sudah lama menggunakan simen+pasir concrete spacer. Bila ditegur, jawapan mereka.."saya sudah bikin bangunan di Singapore, di Penang dan di KL, tarak runtuh pun.. ini juga saya pakai".

 

  • Bolehkah kekuatan concrete spacer gred 35 dengan simen+pasir boleh dicapai? Very unlikely untuk dicapai. Kecuali campur bahan lain i.e fibre atau batu chipping 5-10mm, dan direkabentuk campurannya (simen, pasir, aggregate) dengan ambil kira moisture content pasir, slump dan lain-lain lagi. Tidak mudah untuk kontraktor, dan langkah sebaiknya mendapatkan spacer daripada supplier.

 

 

 

8,120 points 25 56 91
0
Setuju.. dah lama dah tengok spacer plastic ni tapi penggunaannya tidak meluas...

adalah menjadi panduan kepada kita bahawa kekuatan sesuatu struktur itu adalah bergantung pada elemen yang paling lemah... dengan menggunakan spacer block yang yang mempunyai terdiri daripada campuran simen+pasir ianya adalah lemah dan mudah bagi moisture atau carbon meresap masuk kedalam konkrit... moisture tersebut akan menyerang tetulang dan menyebabkan pengaratan dan tetulang membengkak.. kemudian telulang ini akan mengembang dan menolak konkrit sehingga kepada 'spalling' dan menyebabkan 'concrete deteoration'.

Perlu ada satu garispanduan dan penambahbaikan didalam spesifikasi dan BQ didalam merencakkan penggunaan spacer plastic ini..
6 votes
Sekadar berkongsi pandangan...

Sebenarnya untuk menyediakan 'spacer' boleh dilaksanakan dengan mengunakan konkrit gred tinggi yang terlebih. Kakitangan tapak kontraktor (yang proaktif) biasanya semasa kerja kerja konkrit akan memesan konkrit berlebihan bagi mengelakkan ketidak cukupan bahan semasa kerja tersebut dijalankan. Lebihan ini juga sepatutnya dijadikan specer dengan menyediakan kotak bentuk bersesuaian berhampiran kerja-kerja konkrit dijalankan. Yang penting perancangan bagaimana kerja-kerja utama struktur dijalankan dan rancang juga penyediaan bahan tersebut. Pengunaan konkrit ditapak akan bermula seawal pemasangan hoarding (pagar) dan kerja-kerja awalan lain.

Selaku PTB mungkin warga JKR boleh memberi pandangan kepada kontraktor berkaitan perkara ini dan sekali gus menghalang amalan specer simen dan pasir dari terus berleluasa.
34,670 points 18 61 148
5 votes

Spacer block yang menggunakan simen dan pasir memang tidak mungkin mencapai kekuatan Gred 35, akan tetapi dengan campuran epoxy ia mempu mencapai kekuatan yang jauh lebih tinggi dari Gred 35. Kos untuk menyediakan spacer block juga akan melambung tinggi jika dicampurkan dengan epoxy. Maka adalah tidak wajar menyediakan spacer block itu dengan hanya simen dan pasir. Kaedah yang paling mudah adalah membuat spacer block tersebut dengan high strength grout atau mengantikannya dengan pre-shaped plastic spacer.

Secara lazimnya ramai yang pandang remeh terhadap kepentingan spacer block. Jika penggunaan atau pemasangan spacer block itu salah ia akan menjejaskan durability of the relevant structural member kerana setiap titik kedudukan spacer block itu akan menjadi barrier untuk foreign ingress dimana ia akan mempercepatkan proses pengaratan besi tetulang dan kekuatan sturktur tersebut turut akan terjejas. Kefungsian komponen itu sebagai satu entiti yang mempunyai kekuatan yang uniform pasti tidak akan tercapai dan seterusnya keupayaan struktur itu untuk menanggung loading capacity itu juga akan turun.

49,130 points 107 197 356
4 votes
Ianya boleh dicapai sebagaimana mix design biasa. Cuma untuk spacer blocks ni hanya campuran simen, air dan fine aggregate (5mm) sahaja digunakan. Fine aggregate 5mm digunakan bagi memudahkan kerja pembahagian/pemotongan kepada saiz 50mm x 50mm. Yang penting water/cement ratio hendaklah bersesuaian untuk Gred 35N/mm2 iaitu 0.45.

Saya kongsikan sedikit maklumat untuk mix design spacer blocks atau boleh dikenali dengan Graded Mortar untuk Gred 35N/mm2:-

i. Standard Deviation (4N/mm2), Constant (1.64)

ii. Margin (6.55N/mm2)

iii. Target Mean Strength (41.55N/mm2)

iv. Slump Class (S2/50-100mm)

v. Maximum Plain Free-Water Content (250 litres)

vi. Maximum Free-Water/Cement Ratio (0.45)

vii. Computed Plain Cement Content (555 kg)

vii. Fine Aggregate Content (1439 kg)

Mix design di atas telahpun digunakan di projek kerajaan dan dibancuh di tapak bina memandangkan kuantitinya yang sedikit serta telah lulus ujian mampatan.
690 points 3 4 13
0
Terima kasih atas perkongsian yg amat bermanfaat.
3 votes
Sila rujuk General Notes dalam Lukisan Struktur. Ada dinyatakan.

Spacer selain konkrit perlu mendapatkan kelulusan S.O terlebih dahulu
1,660 points 2 10 25
3 votes
Refer Std Specification For Buillding Works 2014

Just to highlight - Detail refer specs

1. Clearly stated nominal size of aggregates used shall be 10mm

2. Other types of spacer may be used only with the approval of the S.O
200 points 3
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn. 

...