search
Log In
21 votes
111 views

Di mana boleh diperolehi data bagi Life Cycle Costing berkaitan industri binaan bagi membolehkan LCC diambilkira dalam rekabentuk dengan lebih efektif?

in Assets & Facilities Management 1,880 points 2 8 25
retagged by

2 Answers

3 votes
Pada pandangan saya, mungkin pegawai-pegawai di JKR boleh membuat research atau kajian, analisis dan pengumpulan data LCC pasal pada pandangan saya, data-data untuk LCC boleh dipecah-pecahkan lagi kepada kepada beberapa sub-topik atau traits lagi, sebagai contoh berapakah masa yang diambil untuk membuat rekabentuk struktur sekian-sekian jenis bangunan berkeluasan tertentu dengan penggunaan yang tertentu dan didarab dengan sekian-sekian pekali @parameter/pekali/faktor untuk disetarakan dengan nilai Ringgit Malaysia semasa. sekian sahaja pandangan ringkas saya.
2,060 points 6 13 27
2 votes

Pada umumnya data bagi tujuan LCC boleh diperolehi seperti berikut:

1) Data Tidak Berstruktur

Pengurus aset atau pengurus fasiliti, dan lain-lain yang tugasnya menguruskan sesuatu aset adalah pihak yang berada dalam kedudukan terbaik untuk merekodkan data. Sekiranya direkodkan dengan betul, ianya adalah sumber data LCC yang baik.

Di samping itu, jabatan/ bahagian kewangan juga mempunyai semua data kos, termasuklah kos penggunaan tenaga atau utiliti. Walaupun data-data tersebut berkemungkinan bukan dalam bentuk yang mudah digunakan untuk pengiraan LCC, ianya tidak boleh diabaikan

2) Data Berstruktur

Data berstruktur adalah data yang telah diselaraskan atau diformat untuk memudahkan carian (dalam pangkalan data) seterusnya boleh dirujuk dan digunakan dalam pengiraan LCC. Data berstruktur sering dikategorikan sebagai data kuantitatif.

Contoh:

  • Kos Purata Semeter Persegi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan.
  • Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan.
  • Panduan Maklumat Kos Binaan JKR.
  • Piawaian JKR Bagi Jangka Hayat Aset lnfrastruktur dan Aset Kejuruteraan.
  • Garis Panduan Penyenggaraan Berjadual Bangunan Kerajaan.

3) Data Daripada Pengeluar, Pembekal dan Kontraktor Pakar

Secara logiknya, sumber data yang terbaik untuk sistem dan komponen, adalah data daripada pengeluar, pembekal dan kontraktor pakar.

---

Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Prancangan Aset Bersepadu (CPAB) juga telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Pengumpulan Data LCC yang dirintis mulai tahun 2019 hingga 2021. Beberapa isu dan cabaran telah dikenal pasti dalam mendapatkan data yang tersedia, dipercayai dan boleh guna. Sehubungan itu, BPPA akan mencadangkan tindakan strategik disusuli langkah taktikal untuk mengatasi isu dan cabaran tersebut menjelang tahun 2022.

3,150 points 3 16 38
...