search
Log In
21 votes
159 views
in Project Management 7,290 points 15 33 66

4 Answers

6 votes
 
Best answer
Salah satu daripada pihak yang berkepentingan dalam setiap projek adalah pihak ahli politik yang juga mempunyai kepentingan bagi menjaga keselamatan dan keselesaan orang ramai di sekitar projek yang berkenaan. Mereka juga perlu menjawab persoalanan atau rungutan dari orang ramai bagi kawasan mereka, oleh itu mereka sendiri terpaksa mengambil tahu mengenai sesuatu projek itu di dalam kawasan mereka. Oleh itu, stakeholder yang satu ini kekadang dilupakan dek kerana mereka kurang buat bising atau kurang berpengaruh.

Kadang-kadang pengaruh mereka boleh menjejaskan perjalanan projek adalah perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak pengurus projek. Ada juga ahli politik yang menggunakan pengaruh mereka untuk membantu kontraktor agar tidak diambil tindakan untuk ditamatkan pengambilan kerja kontraktor untuk sesuatu projek dan ini menyebabkan projek terus lewat dan sakit dan menjejaskan kepercayaan pelanggan kepada JKR.

Oleh itu, pengurus projek perlu berhati-hati dalam menguruskan stakeholder ini dari awal lagi agar akibat dari tindakan mereka boleh dielakkan dan tidak akan menjejaskan perjalanan sesuatu projek. Pengurusan stakeholder akibat campur tangan  politik perlu dimasukkan ke dalam senarai daftar risiko atau pelan risiko (ERMP) agar perkara ini dapat ditangani dari awal lagi dan senantiasa dipantau secara berkala . Di samping ahli politik ini, penduduk sekitar juga perlu dipantau akan sensitiviti dan kehendak mereka kerana mereka ini berkait rapat. Pihak kontraktor yang biasanya terlibat dengan politik amat bijak bertindak dan mengambil tindakan proaktif agar perjalanan projek mereka tidak akan diganggu gugat oleh mana-mana pihak bagi mengelakkan mereka pula yang perlu menanggung kerugian kemudian nanti.

Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya walau pun ianya perkara yang kecil sahaja tetapi juga akan secara tidak langsung menjejaskan perjalanan projek mungkin buat seketika adalah pengaruh ahli politik ini akan juga mengakibatkan seseorang pegawai tapak bina projek boleh ditukarkan ke tempat yang lain.
42,830 points 28 107 208
selected by
2 votes
Pihak Lembaga Tender sepatutnya tidak di pengaruhi oleh orang2 yang ada kepentingan politik/ tekanan politik...

Kontraktor2 yang melobi melalui kuasa politik ( political contractors) seharusnya tidak di pilih/nilai sejak awal lagi kerana banyak masalah akan timbul & akan jadi projek sakit nanti...
23,840 points 32 79 152
2 votes
Ditempatkan salah seorang pegawai SPRM dalam projek-projek yang bernilai tinggi. Sebagai pemerhati.
4,400 points 12 37 51
2 votes
Penguatkuasaan kontrak pembinaan dan ketelitian dalam pengurusan rekod amat mustahak sekiranya untuk mengurangkan atau mengelak risiko campurtangan ahli politik dalam pelaksanaan sesuatu projek.

Permintaan tidak masuk akal oleh ahli politik dapat dibendung dengan kontrak agar tindakan menurut undang-undang kontrak dapat digunakan sekiranya perlu.
34,220 points 16 58 148
...