Untuk makluman, nama MyCREST masih belum dimuktamadkan dan akan di beri nama kemudian.
Sistem MyCREST telah di siapkan dokumennya dan telah melalui proses "trial-run" dengan 3 buah projek. Ia sekarang sedang dalam proses pindaan setelah beberapa perkara dikenalpasti semasa sesi "trial-run".
Langkah-langkah seterusnya :
i. Pihak CIDB sedang dalam proses mendapatkan akreditasi badan berkenaan dan mengadakan pembentangan umum
ii. JKR sedang mengenalpasti projek-projek yang boleh memulakan penggunaan MyCREST
iii. Pewujudan badan pentadbir MyCREST sedang juga diusahakan
iv. Persijilan kepada para penilai juga akan diadakan selepas raya ini
v. Pelancaran adalah dijadualkan pada bulan Oktober 2014
Sementara itu, sekiranya ada di antara HOPT yang ingin projeknya digunakan sebagai perintis MyCREST, sila hubungi CAST.