JKR telah melaksanakan banyak projek dengan menggunakan kaedah IBS tetapi masih ada masalah di antara pihak kontraktor utama, RISP dan NSC semasa pembinaan ditapak. Pada masa ini lukisan keperluan perkhidmatan/peralatan M&E telah diberi dan di masukkan sebelum pemanggilan tender utama, beberapa siri mesyuarat dan perbincangan diantara semua disiplin yang diketuai oleh CKAS telah diadakan sebelum dokumen tender utama disediakan.dan ditenderkan.
Keperluan sevices M&E biasanya tidak difahami oleh kontraktor utama dan RISP yang dilantik yang menyebabkan masalah semasa pembinaan. Adalah di cadangkan bahawa:
1. Diadakan (wajib) untuk memberi taklimat kepada pentender untuk projek yang kompleks atau bernilai tinggi mengenai keperluan untuk M&E services dalam rekabentuk komponen IBS
2. Dilantik juga M&E konsultan oleh RISP untuk menyemak dan mengesahkan keperluan M&E sebelum menghantar lukisan kepada CKAS untuk kelulusan. Pada masa ini hanya jurutera konsultan awam sahaja yang menyediakan lukisan struktur untuk pihak RISP dan dicadangkan masukkan kos untuk konsultan M&E juga dalam projek tersebut.
3 Pihak CKAS perlu menghantar semua lukisan dari kontraktor utama berkaitan M&E services untuk semakan dan pengesahan keperluan M&E oleh HODT berkenaan sebelum meluluskan lukisan untuk pembinaan.
4. Pihak PP dan wakil PP perlu lebih peka mengenai keperluan awalan dan maklumat yang perlu diberi oleh kontraktor utama semasa mesyuarat tapak dan teknikal bagi memastikan isu-isu berkaitan dengan services M&E diselesaikan pada peringkat awal dan bukan selepas kerja-kerja komponen IBS disiapkan.
5. Sentiasa memaklumkan kepada HODT-HODT berkaitan mengenai isu-isu atau masalah yang mungkin akan menjejaskan pembinaan ditapak.