Mengikut kajian-kajian yang dijalankan, 70% bahang dalam rumah berpunca daripada atap iaitu bahang panas terperangkap di antara siling dan atap. Manakala 30% lagi berpunca dari lain-lain sebab seperti pengudaraan yang kurang baik dan cahaya matahari terus masuk ke bilik melalui tingkap.
Punca utama bahang perlu ditangani dengan penebat haba pada atap seperti rockwool / aluminium foil / dll, bagi mengurangkan thermal bridging (heat transfer) melalui siling masuk ke dalam rumah.
.... bersambung.
Di Malaysia, kecekapan tenaga telah digubal melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan iaitu MS1525:2007 Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy for Non-Residential Buildings.
Nilai R (thermal resistance) yang lebih tinggi adalah lebih baik bagi mengurangkan kesan heat transfer ke dalam rumah melalui siling.
Bagi atasi rumah berbahang, langkah utama ialah mengatasi haba terperangkap di atas siling, kerana kesannya adalah besar. Langkah-langkah lain seperti menyediakan sistem pengudaraan, awning, bidai kayu / aluminium dan lain-lain, sebagai pelengkap dan menambah baik dari segi keselesaan (thermal comfort). Ini juga membawa maksud, penggunaan alat hawa dingin (jika ada) dapat dikurangkan. Juga kipas siling tidaklah sentiasa berputar ligat di angka 5.
Pastikan tiada ruang (gap) antara siling dan dinding kerana sistem pengudaraan (ventilation system) di atas siling akan menyedut hawa sejuk naik ke atas siling (semasa alat penghawa dingin digunakan). Alat penghawa dingin bekerja lebih bagi mengekalkan suhu bilik dan akhirnya bil elektrik meningkat lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Bagi rumah kediaman yang baru dibeli, kebiasaanya pengubahsuaian dibuat pada dalam rumah dan amat jarang thermal comfort dijadikan keutamaan. Pilihlah rumah kediaman yang tidak mengadap matahari turun sekiranya ada peluang, kecualilah ada bangunan yang lebih tinggi di hadapan yang dapat menghalang cahaya matahari petang.
Sebagai rumusannya berikut adalah langkah yang boleh diambil.
-
Keutamaan no 1 --- perlu tangani masalah bahang terperangkap di atas siling
-
Sediakan ventilation system @ exhaust fan di tempat yang sesuai
-
Pasang awning pada tingkap atau pasang langsir tebal (macam plastik tebal).
-
Pasang bidai pada dinding yang mengadap matahari turun
-
Guna light aerated brickwall pada dinding yang mengadap matahari turun. Kerja pengubahsuaian perlu dibuat jika rumah dibeli sudah siap. Boleh guna perkara 4 di atas, tetapi perlu penyelenggaraan pada bidai supaya tahan lebih lama.

Nilai R dalam S.I ialah m2 C / W atau m2 K / W.
Manakala nilai R di United State pula ft2 F hr / Btu
1 R (dalam unit S.I) = 5.7 R (United State)
Perlu hati-hati apabila membuat rujukan kepada nilai R pada katalog pembekal. Rujuk unit yang digunapakai.