search
Log In
9 votes
244 views
in Assets & Facilities Management 5,370 points 3 17 24

1 Answer

3 votes

Peranan Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF) adalah sebagaimana berikut :

a)           PTF di peringkat kementerian (PTF (Kem.))

  1. Mengetuai pasukan teknikal dalam pengurusan fasiliti dan penyenggaraan  aset tak alih ( bangunan & infrastruktur ) ;
  2. Mengawal dan memantau pelaksanaan aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset tak alih berdasarkan DPAK, MPAM dan tatacara-tatacara yang berkaitan;
  3. Mengemukakan laporan-laporan teknikal, kos dan maklumat aktiviti PATA (bangunan & infrastruktur) kepada Pengerusi JKPAK (Fasiliti) dan Pegawai Pengawal di peringkat Kementerian;
  4. Mengawal dan memantau keperluan sumber dan pembangunan kompetensi organisasi;
  5. Menugas dan menyelia pegawai-pegawai bawahan seperti PDF, PIF, POF mengikut tatacara yang ditetapkan; dan
  6. Menyelaras dan berkomunikasi dengan semua PTF di bawah jabatan/ agensi masing-masing.

b)      PTF di peringkat jabatan/ agensi (PTF (Jab./Agensi))

  1. Merancang dan mengurus pelaksanaan aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset tak alih berdasarkan DPAK, MPAM dan tatacara-tatacara yang berkaitan;
  2. Menyediakan input teknikal dan profesional dalam pembangunan aset tak alih (bangunan & infrastruktur) bagi memenuhi penyampaian perkhidmatan ;
  3. Mengemukakan laporan-laporan teknikal, kos dan maklumat aktiviti PATA (bangunan & infrastruktur) kepada Pengerusi JKPAK (Fasiliti) dan Pegawai Pengawal di peringkat Jabatan/ agensi serta kepada PTF Kementerian;
  4. Menetapkan piawaian, spesifikasi teknikal dan tahap perkhidmatan fasiliti / aset tak alih (bangunan & infrastruktur) ;
  5. Mengurus keperluan sumber dan pembangunan kompetensi organisasi; dan
  6. Menugas dan menyelia pegawai-pegawai bawahan seperti PDF Jabatan, PIF Jabatan dan POF mengikut tatacara yang ditetapkan.

c)       PTF di peringkat negeri dan daerah (PTF (Neg./Daerah))

  1. Melaksanakan aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset tak alih berdasarkan DPAK, MPAM dan tatacara-tatacara yang berkaitan;
  2. Mengemukakan laporan-laporan teknikal, kos dan maklumat pengurusan dalam aktiviti PATA (bangunan & infrastruktur) agensi kepada PTF Jabatan/ Agensi;
  3. Menyedia keperluan sumber dan pembangunan kompetensi organisasi; dan
  4. Menugas dan menyelia pegawai-pegawai bawahan seperti PDF Negeri, PIF Negeri dan POF mengikut tatacara yang ditetapkan.


 

2,480 points 9 18 31
...