search
Log In
17 votes
119 views
Projek JKR akan lebih kerap diaudit dengan arahan supaya Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan 3 kali setahun berbanding dengan sekali setahun sebelum ini.

JKR perlu lebih bersedia untuk diaudit supaya setiap projek yang diaudit boleh dielakkan daripada disenaraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara demi kesejahteraan JKR dan kakitangannya.

Pada pandangan anda, bagaimana cara untuk kita lebih bersedia menghadapi sesi audit ini? Apa persediaan yang perlu kita buat? Apa ilmu dan pengetahuan lebih yang perlu kita ada/perolehi untuk menghadapi sesi audit ini?
in Stakeholders Management 10,740 points 10 42 73

3 Answers

4 votes
 
Best answer

Saya quote ucapan KPKR mengenai jumlah projek yang dipegang oleh JKR semasa SOC di Port Dickson 2013 :-

"Mengikut rekod tahun-tahun sebelum ini, JKR hanya menyumbang antara 10% hingga 15% sahaja daripada peruntukan pembangunan tahunan negara. Walaupun “quantum” sumbangan JKR kepada prestasi kewangan di peringkat nasional tidak besar, ianya tetap mempengaruhi prestasi kewangan kementerian pelanggan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi JKR memastikan prestasi kewangan yang sentiasa baik dan mencapai sasaran yang ditetapkan"

Maka dengan projek 10-15% yang dipegang oleh JKR inilah yang akan kerap diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Persediaan yang boleh kita buat adalah mengikut Garis Panduan, Arahan Perbendaharaan, Prosedur dan Kontrak yang telah ditetapkan. Doing things right, right at the first time, everytime. Lesson learnt daripada projek yang lepas dan daripada Laporan Ketua Audit Negara sepatutnya dijadikan sebagai sempadan dan pengajaran. Kita perlu sentiasa bersatu dan saling tolong menolong sebagai satu pasukan dalam menghadapi auditan tersebut.

Yang terakhir sekali dan saya rasa antara tips yang paling berguna adalah JAWAP APA YANG DITANYA SAHAJA. Jangan tokok tambah dan memberi tips etc yang hanya akan lebih menyusahkan kita.

CONTOH:-

Bagaimana bayaran kerja dibayar kepada pihak kontraktor?

  • Bayaran kemajuan di tapak projek dibayar berdasarkan prestasi dan kerja semasa di tapak projek. [OK]
  • Kerja di tapak projek bukan sahaja dipantau melalui lawatan harian di tapak projek, malah kami mempunyai sistem SKALA untuk melaporkan kerja-kerja kontraktor dari semasa ke semasa. [TAK OK kerana akan memberi auditor 'bola tanggung' untuk mencari lebih banyak kesilapan]

Banyak lagi tips-tips lain yang boleh dikongsi rasanya oleh warga JKR yang pernah diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Pengalaman mereka semua adalah khazanah yang sangat berharga bagi JKR.

 

14,260 points 28 50 83
selected by
7 votes
Apa pilihan yang kita ada? Takde pilihan. Kita terpaksa be more competent in everything that we do especially project management and contractual matters.We have to learn from all lessons learnt and share knowledge terutama mereka yang kat negeri dan daerah. Disinlah kebanyakkan projek kita berada.
10,970 points 9 43 89
0

setuju dengan pendapat ini.

0

Sekadar pandangan;

Mengikut pengalaman saya yang masih cetek, 

  1. Wakil S.O. tiada pendedahan/kompetensi mengenai Pentabiran Kontrak sebelum dilantik;
  2. Mengikut amalan sedia ada terutamanya di Daerah dan istilah kasar JB/JJ/JA senang kene tipu sbb tiada kompetensi, tiada amalan On the Job training sbb ada pegawai penyelia yg sama blur 
  3. Malas nak ambil tahu Pentabiran Kontrak, ramai yang junior ni malas nak belajor sendiri nak kene suap ajo,
  4. Tak tahu baca & tafsir Work Program yang diberi kontraktor pun ado
  5. Tak tahu tengok drawing, nak relate dgn specs...jahanam kene tipu hidup2x dgn kontraktor
  6. Tak tahu sequence kerja kat tapak pun ado
  7. nak coordinate tapi tak tahu nak coordinate apa, lagi naya
  8. aku civil buat apa aku amik tau pasal Mechs, Electric, Arkitek...wat gano kalau dah tak nak buat extra mile
  9. Persepsi auditor - aku mesti cari salah orang, kes nak pekena org 
  10. Persepsi auditee - ni mesti nak cari salah aku, kes aku blur apa depa nak audit.
Maaf bukan ayat baku dan terkasar sedikit. Sekian.
5 votes

salam,

cek sebenonya amat amat bersetuju dengan komen abg bakor ni. Sebenaqnya pada cek pun, audit jatuh ke numbul 2, numbul 1 tetap kompetensi.

kalau kita kompeten dalam apa yang kita buat, datang le satu bas rombongan cek kiah pasukan audit, no hal. kenapa? coz kita dah redi dah bersiap siaga dan bersiap sedia dengan hasil kekompetenan yg di capai.

malahan kalau kita are really kompeten, kita plak yg panggil pihak audit, "hellooooo datang le beramai ramai audit ofis cekkkkk" coz we know its an added advantage, iaini apabila audit datang dan semak dan di dapati our works are 150% competent,  kita akan  di jadikan contoh dan teladan kepada lain lain agensi.

 

للهمّ يسر و لا تعسر

cool

 

 

14,930 points 12 52 137
...