search
Log In
15 votes
64 views
in Civil 4,400 points 12 37 51

1 Answer

8 votes
 
Best answer
Tuan,

Soalan ini sesuai diaju dan dijawab oleh Pengurusan Atasan (Strategic group).

Walaubagaimanapun suka saya berkongsi apa yang saya tahu mengenai "Transfer Technology" atau "Technology Transfer atau boleh juga dipanggil "Transfer Of Technology (ToT)". Kalau diperhalusi apa yang dimaksudkan dengan ToT ini ialah satu proses yang transferring skills, knowledge, technologies, method of implementing of process like constructing @ manufacturing, samples of products dan ianya dapat menjadi rujukan dan memberi kemudahan dikalangan staf/professional Jabatan bagi memastikan pembangunan saintifik dan teknologi diakses kepada semua pengguna.

Bayangkan jika ini berlaku, betapa dapat memberi manafaat kepada Jabatan dan Negara. Tetapi persoalannya adakah di Jabatan Kerja Raya telah menafaat ToT ini???

Saya sendiri pernah mengalami 2 pembelajaran dalam program ToT ini satu ketika dulu. Pertama di Negara sendiri yang mana saya ditugaskan bersama-sama pasukan projek yang mana Perundingnya ialah sebuah Syarikat dari Kanada. Keduanya saya dihantar ke Japan untuk mempelajari "Construction Tehnology" dari Negara Japan selama 2 Bulan. Saya tidak tahu samada program seperti ini masih dilaksanakan di peringkat Jabatan sekarang ini. Yang saya tahu program ke Japan atau Korea masih berjalan dan peluang dibuka kepada Professional muda yang telah disahkan ke Jawatan.

Program penempatan Pakar Luar Negara bagi tujuan pemindahan Knowledge dan Technology di Pejabat JKR juga dilaksanakan sebelum ini. Dan pengalaman saya diberi tunjuk ajar oleh 2 Pakar Japan berkaitan Jambatan adalah pengalaman yang sukar saya lupakan.

Apa yang saya tahu, ada program ToT ini diselitkan dalam projek. Dari segi keberkesanannya saya kurang pasti. Mungkin pejabat yang bertanggung jawab boleh memberi maklumbalas mengenainya.

Program pertukaran dan penempatan Professional juga telah berlaku di Jabatan kita, seperti di Projek MRT dan juga Syarikat Perunding bertaraf International. Apa yang saya tahu program seperti ini masih berjalan di JKR.

Sekadar perkongsian pengalaman, Terimakasih
27,310 points 73 158 200
selected by
...