search
Log In
16 votes
129 views

Ini petikan daripada NSW President of Risk Engineering Society (RES), Pedram Danesh-Mand

"First and most important is a culture of professionalism and accountability, including transparent communication and effective collaboration. While there has been greater recognition about the importance of this in recent years."

"It is important to be realistic when it comes to project planning and scheduling from the early stage of feasibility, and that all parties need to understand and assess the likelihood of a project being delivered on time and within budget and to continually monitor and quantify the risk that this might not occur."

Any comments terutamanya daripada Unit Pengurusan Risiko Prokom.

in Project Management 27,610 points 73 158 200

2 Answers

3 votes
 
Best answer
Saya setuju dengan petikan di atas. Budaya profesionalisma dan akauntabiliti amat penting untuk memastikan perancangan projek termasuk penjadualan adalah realistik berdasarkan kepada sumber-sumber yang ada. Cabaran yang kita hadapi adalah kurang kefahaman dan kompetensi dalam melaksanakan pengurusan risiko bukan sahaja di sektor kerajaan tetapi dalam sektor swasta. Proses pengurusan risiko itu sendiri perlu dilaksanakan sepenuhnya, dari pengenalpastian risiko lalu dipantau dan dikajisemula sehingga projek siap. Untuk pengurusan risiko dilaksanakan dengan jayanya, semua stakeholder dari semua peringkat perlu komited dan memainkan peranan yang aktif dalam pelaksanaan rawatan serta pemantauan pelan pengurusan risiko. Pengurusan risiko perlu dilihat sebagai satu proses kawalan dalaman dalam setiap aktiviti projek itu sendiri.
2,440 points 2 8 23
selected by
1 vote
Saya juga bersetuju dengan petikan di atas. Sebagaimana disebut dalam penyataan petikan itu, perkataan budaya masih disebut kerana ianya penting bagi memastikan pengurusan risiko ini menjadi budaya dalam alam pekerjaan.  

Beliau juga menekan betapa pentingnya perancangan dan penjadualan projek perlu lebih realistik terutama pada peringkat awal lagi kerana sekiranya projek tidak dirancang dengan baik maka projek secara tidak langsung dirancang untuk gagal walaupun ianya tidak diingini berlaku seperti tu.
42,830 points 28 108 208
...