search
Log In
16 votes
121 views
Mantan KSU KKR (Dato Sri Dr. Abdul Munit Kasmin) ada bercadang untuk diwujudkan  jalan /laluan khas motosikal.Tetapi sejauh manakah pelan dan perancangannya?
in Helpdesk 4,400 points 12 37 51

4 Answers

5 votes
 
Best answer

Tuan,

Saya amat bersetuju diwujudkan laluan khas motosikal. Persoalannya ialah Bila??

Suka saya tumpukan ulasan kepada Bandaraya Kuala Lumpur dan saya berpendapat ianya sepatut juga diikuti oleh bandar-bandar yang lain.

Ini saya petik sedikit daripada Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 pada Klausa415 & 416 yang mana tertulis

415 : Motosikal mewakili lebih kurang 23 peratus pengguna jalan raya di Kuala Lumpur. Kenderaan ini yang kebanyakannya digunakan oleh golongan muda dan berpendapatan rendah, merupakan pengangkutan yang cepat, fleksibel dan ekonomik di Bandar Raya.

416 : Sekitar 52 peratus daripada jumlah kemalangan maut dan serius di Kuala Lumpur melibatkan motosikal. Motosikal adalah penyumbang utama pencemaran udara dan kebisingan. Penyebaran kebisingan daripada motosikal di Pusat Bandar Raya adalah melebihi had kebisingan yang dibenarkan (Malaysia Environmental Quality Report 1996, DOE).

Manakala dalam Klausa 10.4.3 (a) 448 dan 449

a) Motosikal

448 : Ketika Kuala Lumpur berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup yang lebih bersih dan selamat, peranan motosikal dalam pengangkutan perlu dikaji. Pengguna motosikal merupakan peratusan yang besar yang akan menikmati faedah daripada sistem pengangkutan awam yang lebih komprehensif. Perspektif jangka masa panjang dalam pembangunan sistem pengangkutan awam akan memperlihatkan kepada menggalakkan pengguna motosikal untuk lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu. Untuk jangka masa panjang, langkah-langkah untuk menggalakkan pengguna motosikal lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengehadkan penggunaan motosikal di Pusat Bandar Raya hanya bagi pengguna-pengguna tertentu perlu dikaji

449 : Dalam jangka masa pendek dan sederhana, langkah-langkah akan dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna motosikal dan penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas peraturan sedia ada.

Dasar:

TT 12: DBKL akan membantu dan menyelaras dengan agensi-agensi yang berkaitan dalam meningkatkan infrastruktur jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna motosikal

Ini pula saya petik daripada Dasar Perbandaran Negara pada DPN 17;

DPN17 Rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh dibangunkan bagi meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti di dalam dan di antara bandar.

i. Membangunkan jalan raya mengikut hierarki.

ii. Meningkatkan aksesibiliti bagi melancarkan pergerakan kenderaan melalui penyediaan jalan lingkaran, jalan pintas dan laluan sehala.

iii. Menyediakan laluan/lorong khas untuk motosikal dan pejalan kaki di dalam kawasan bandar.

Persoalannya disini, adakah dasar ini akan hanya tinggal dasar sahaja?? Telah lama laluan untuk motosikal ini diperkatakan,.. so solusinya??? atau mungkin pada 2020 nanti kita akan dapat melihat impaknya kepada pengguna Motosikal ini.

Sekian, sekadar perkongsian.

Mohd Fairuz Muhamad

 

27,610 points 73 158 200
selected by
0

Mohon penjelasan, bagaimana motosikal dilabel sebagai penyumbang utama pencemaran udara dan kebisingan sedangkan jumlahnya hanya merangkumi 23% daripada pengguna jalan raya di KL.

Untuk jarak perjalanan yang sama, adakah sesebuah motosikal mengeluarkan lebih banyak asap dan bunyi berbanding sebuah kereta?

 

3 votes
Pada pandangan saya, pengguna2 motosikal perlu di galakkan untuk menggunakan sistem pengangkutan awam di KL spt. MR, LRT, KM, MRT demi menjaga keselamatan & mengurangkan kadar kemalangan jalan serta pencemaran udara/bising di KL.

Pembinaan laluan khas motosikal dalam KL akan melibatkan kos yang tinggi. Kerajaan telah/akan menyediakan sistem pengangkutan awam yang selamat dan selesa yang meliputi hampir seluruh kawasan KL. Ini sepatutnya di manfaatkan/ digunakan oleh wargakota  termasuk pengguna2 kereta untuk mengurangkan kesesakan2 trafik  serta menjaga kualiti alam sekitar di KL.
23,840 points 32 79 152
4 votes
Buat masa ini public transport di Malaysia adalah tidak efisien, itulah sebabnya pengguna jalanraya masih memilih kereta ataupun motosikal. Suka tidak suka inilah realitinya.

Baik juga sekiranya dibuat lane basikal untuk org yang bekerja dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur. It's environmentally friendly, megurangkan kesesakan dan penduduk akan lebih sihat.
10,190 points 33 70 108
2 votes

This is the way forward. Not just it's healthy, it will solve the traffic problems as well.

10,190 points 33 70 108
...