search
Log In
14 votes
131 views
in Road 460 points 4 7 10

2 Answers

7 votes
Mr Chan,

Soalan yang dapat membuka minda terutama bagi mereka yang terlibat dalam penyediaan dasar dan warta jalan-jalan (Negeri & Persekutuan) di JKR.

Pengalaman sehingga 2010:- merujuk kepada Akta Jalan(Akta 333 dan Akta 376) dan lain-lain.

Isu/Kes ini juga berlaku bagi had kelajuan di jalan-jalan Negeri yang mana sehingga sekarang ini (setakat yang saya tahu) belum ada satu Negeri pun di Malaysia yang mewartakan had kelajuan di Jalan Negeri sedangkan kita lihat (semasa) melalui Jalan Negeri banyak papan tanda had kelajuan telah diletakkan di Jalan negeri tersebut. So Papan tanda had kelajuan itu adalah tak sah dan secara tidak langsungnya pembaziran berlaku.

Bagi soalan tuan, mengenai had ketinggian kenderaan yang menggunakan Jalan (Negeri atau persekutuan), jawapan yang saya boleh bagi ialah ianya tidak diwartakan.

Yang saya tahu Had Laju dan Had muatan atas jambatan amat jelas dinyatakan dalam Akta.

Ini pengalaman saya, jika ada sesiapa tahu bolehlah berkongsi dalam forum ini.

Terimakasih
27,310 points 73 158 200
0

Memang benar dalam Akta Jalan(Akta 333 dan Akta 376) tidak disediakan warta untuk had ketinggian kenderaan yang menggunakan Jalan (Negeri atau persekutuan), akan tetapi dalam Arahan Teknik Jalan telah jelas menyatakan bahawa had minima Vertical Clearance untuk setiap jejantas dan jejambat (from the highest point of the road finished level to the lowest point of the soffit level of the bridge)  adalah 5.4m. Maka selaku syarikat pemasang bus dan lori harus peka dengan isu ini dan ia seharusnya menjadi rujukan asas.

3 votes

Peruntukan dalam 66(1) (a) Akta 333 - bagi mengawal selia lebar, tinggi, panjang kenderaan di bawah kuasa Menteri Pengangkutan.

Samada telah diwartakan ketinggian saya tidak pasti, tetapi kolobrasi antara JKR dan M.O.T sememangnya telah wujud sejak dulu lagi dalam penetapan had laju, had muatan. Pengusaha lori atau mereka yang terlibat dalam industri pengangkutan, saya yakin dan percaya mereka sedar akan ketinggian maksima kenderaan yang dibenarkan dalam rangkaian jalanraya di Malaysia.

8,130 points 25 56 91
...