search
Log In
12 votes
264 views
in Assets & Facilities Management 2,950 points 4 11 22

2 Answers

7 votes
 
Best answer
Certificate of Compliance and Completion (CCC) sebenarnya menggantikan Certificate of Fitness for Occupation (CFO) yang dahulunya dikeluarkan oleh PBT untuk menggurangkan karenah birokrasi dalam industri pembinaan. CCC kini dikeluarkan oleh Principal Submitting Person (PSP) yang merupakan Arkitek Profesional, Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar. CCC hanya dihasilkan apabila aspek-aspek berkaitan dengan teknikal dipatuhi sehingga tidak wujud isu berkaitan keselamatan dan kesihatan terhadap produk pembinaan. Dalam hal ini Certificate of Practical Completion (CPC) adalah bersamaan dengan CCC, maka dengan itu JKR dengan kepakaran dan warga profesional pelbagai disiplin tidak perlu menghasilkan CCC tetapi memadai dengan CPC sahaja.
2,970 points 5 12 19
selected by
2 votes
CCC tidak perlu bagi projek yang diselia oleh JKR kerana merujuk kepada SURAT ARAHAN oleh KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN TAHUN 1999 yang hanya mewajibkan KEBENARAN MERANCANG diperolehi sebelum projek kerajaan dimulakan.

Walaubagaimanapun, sekiranya projek kerajaan meibatkan PERUNDING LUAR, CCC akan dikenakan oleh JKR berdasarkan TOR Perunding.
35,700 points 16 60 153
0
Adalah disyorkan projek-projek konvensional dalaman JKR juga dikeluarkan CCC oleh para professional di JKR. Ini berdasarkan JKR sebagai agensi teknikal terbesar negara dan perlu dicontohi oleh para perunding luar.
...