search
Log In
17 votes
94 views
Fasa pengurusan projek dari peringkat perancangan projek sehingga peringkat penyerahan projek
in Assets & Facilities Management 2,590 points 8 13 26

4 Answers

4 votes
CKS perlu melibatkan diri dari peringkat perancangan sehingga ke peringkat bangunan dirobohkan. Ini bagi memastikan pengurusan dan perancangan penyenggaraan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan ekonomi
5,880 points 3 10 42
7 votes

Fasa pengurusan projek merangkumi aktiviti perancangan, rekabentuk, perolehan, pembinaan dan penyerahan projek. Menurut beberapa kajian dan penemuan oleh pakar, fasa perancangan dan pembinaan merupakan fasa dimana kemungkinan berlakunya kesilapan adalah di tahap paling tinggi. Kesilapan-kesilapan yang berlaku difasa tersebut boleh menyebabkan kos operasi dan penyenggaraan lebih besar dari sepatutnya. Oleh yang demikian, penglibatan CKS di dalam fasa pengurusan projek adalah penting bagi memberi input operasi dan penyenggaraan dan mengurangkan risiko berlakunya kesilapan tersebut. Prevention is better than cure.

4,480 points 6 23 35
4 votes

Setakat ini penglibatan CKS dalam Fasa Pengurusan Projek amatlah kecil dan terhad. Bagaimanapun Pengurusan Atasan JKR perlulah melihat keperluan CKS dalam keseluruhan kitara hayat projek iaitu daripada peringkat Fasa Perancangan. Perkara ini adalah penting dalam penyampaian produk kepada pelanggan. Dengan itu CKS perlu dilibatkan dalam Fasa Perancangan Rekabentuk, Perolehan, Pembinaan, Penyerahan dan seterusnya Operasi, Penyenggaraan, Naiktaraf/Ubahsuai dan Pelupusan. Apabila perkara ini dapat dilakukan maka pelanggan akan berasa dan sedar mengenai kepentingan JKR pembangunan negara.

2,440 points 5 20 31
10 votes
CKS seperti Cawangan Bisnes (HOPT) PERLU (Mesti) terlibat daripada peringkat Perancangan hingga peringkat Penyerahan. Tapi isunya sekarang adalah kekangan / kekurangan STAF di CKS untuk terlibat dengan semua projek baru yang dilaksanakan oleh Jabatan.

Saya difahamkan CKS telah menyediakan garispanduan iaitu perkara-perkara yang perlu dipatuhi semasa merekabentuk. Walaubagaimanapun ianya masih tidak menjadi amalan dikalangan perekabentuk untuk merujuk kepada garispanduan CKS ini. Mohon agar program kesedaran diadakan oleh CKS kepada Cawangan Pakar dan Cawangan Bisnes.

Sekadar pandangan
27,610 points 73 158 200
...