search
Log In
15 votes
80 views
Bolehkah pihak kontraktor melantik subcon sebagai maintenance team personel untuk tempoh DLP bagi projek D&B?
in Contract Administration 460 points 5 6 8

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Sebagai perkongsian bersama, jika tidak betul mohon diperbetulkan.

Di dalam projek D&B (Design & Build) , ikatan kontrak yang berlaku adalah antara pihak kerajaan dan kontraktor utama. Kerajaan tidak mempunyai sebarang ikatan/kuasa bagi menentukan bagaimana pihak kontraktor utama menguruskan pasukan pembinaan mereka KECUALI jika ianya melibatkan pelanggaran syarat-syarat dan terma di dalam kontrak dan melibatkan kepentingan Kerajaan.

Sebarang lantikan oleh kontraktor utama tersebut juga hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam kontrak iaitu mempunyai tahap kompetensi dan pengiktirafan kerja perkhidmatan yang diperlukan/dibekalkan.

14,280 points 28 50 83
selected by
1
Saya ingin menambah kepada jawapan di atas. Kontraktor Utama bertanggungjawab sepenuhnya bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalam tempoh DLP selaras dengan Klausa 52 dalam PWD FORM DB (Rev. 1/2010). Oleh itu, pihak lain yang menjalankan  kerja penyelenggaraan bagi pihak kontraktor adalah tetap di bawah tanggungjawab kontraktor.
...