search
Log In
14 votes
83 views
in Assets & Facilities Management 4,440 points 6 12 29

4 Answers

3 votes

Bagi aset yang tidak diperlukan dan tidak boleh digunakan lagi bagi tujuan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan

3,660 points 6 15 27
6 votes
Sesuatu aset akan dicadangkan perlupusan sekiranya ia tidak lagi berekonomi lagi untuk disenggara atau kos operasinya adalah terlalu tinggi. Adakalanya ia dilupuskan kerana ia tidak dapat memenuhi permintaan yang bertambah seperti ruang yang sempit untuk penghuni yang bertambah. Bagi setengah pihak yang melihat kepada keuntungan, aset tersebut dilupuskan dan dibina semula dengan aset yang lebih besar, berteknologi tinggi dan bertingkat-tingkat tingginya untuk memperolehi keuntungan yang maksimum dari segi kos dan kegunaan.
1,640 points 5 9 18
3 votes
Bangunan dikategorikan sebagai tidak selamat untuk diduduki, uzur dan usang, tidak ekonomik untuk disenggara/dibaiki. Atau terdapat pembangunan semula di kawasan tersebut.
2,590 points 8 13 26
6 votes
Aset perlu dilupuskan berdasarkan beberapa faktor :

1) Aset tidak selamat untuk diduduki.

2) Aset telah dikaji untuk tujuan baik pulih, tetapi kos baik pulih adalah lebih tinggi daripada pewujudan aset baru. (kecuali aset yang telah didaftarkan sebagai Bangunan Warisan)

3) Penyenggaraan aset melibatkan kos yang terlalu tinggi.

4) Aset tersebut tidak boleh menampung keperluan terkini iaitu dari segi saiz, teknologi dan perubahan kefungsian.
22,410 points 22 84 142
...