search
Log In
16 votes
177 views
in Project Management 10,190 points 33 70 108

1 Answer

6 votes
Soalan yang baik oleh Saudara Shahrum. JKR melalui Cawangan2 Pakar perlu melihat serius isu ini. Ini adalah dilema Jabatan kita tambah-tambah lagi dengan pertambahan Syarikat Perunding seperti cendawan di Negara ini. Mereka tidak menunjukkan kepakaran dalam ertikata yang sebenarnya.

Bagi saya apabila sesuatu projek itu diserahkan kepada Perunding atau Kontraktor(untuk Design and Built) ianya adalah menjadi tanggungjawab syarikat perunding untuk memastikan integriti sesuatu yang direka bentuk itu selamat dan ada Value for money. Tugas JKR hanyalah memastikan yang proses rekabentuk mematuhi piawaian yang ditetapkan. Bukan tugas JKR untuk semak dengan terperinci rekabentuk tersebut. Dalam ertikata lain JKR bukan menyemak rekabentuk tetapi sekadar mengaudit proses rekabentuk yang perlu dipatuhi.

Sebab itu segala lapuran rekabentuk termasuk lukisan perlu di cop dan ditandatangani oleh Jurutera Professional.

Persoalan yang timbul, adakah kita merasa apa yang dibuat oleh Perunding itu boleh menyakinkan kita apa yang telah direkabentuk itu adalah selamat? Tambah-tambah lagi telah ada kegagalan berlaku hasil daripada rekabentuk Perunding. Dan akhir sekali JKR yang terpaksa menghadapi segala tohmahan dan kutukan dari pihak Stakeholders!!!

Pengalaman saya, saya bukan sahaja mengaudit proses rekabentuk malah saya terpaksa melihat dengan teliti termasuk pergi ke analisis yang dilaksanakan oleh Perunding serta menyemak dengan teliti perkiraan yang dilaksanakankan.kenapa ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan kerana kita sendiri tidak percaya dengan submission yang dikemukakan oleh Perunding yang terlalu longgar dan banyak errors.

So, adakah apa yang dilaksanakan ini adalah betul sedangkan Kerajaan telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada Syarikat Perunding ini? Walau bagaimanapun tidak semua Perunding bersikap tidak professional dan ada antara mereka sememangnyanya Memang Pakar dan kita boleh belajar sesuatu daripadanya.

sekian, terima kasih.
27,610 points 73 158 200
0
SETUJU TUAN FAIRUZ
0
setuju....tetapi sampai bila isu ini akan berakhir...projek yang berjalan sekarang perundingnya ada yang bagus dan masih ada yang longgar rekabentuknya
0
Apakah kita telah merujuk kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1967 yang berkaitan serta tindakan lanjut yang pernah JKR ambil bagi memastikan perunding - perunding yang tidak kompeten ini tiada lagi di dalam pasaran.
...