search
Log In
19 votes
178 views

Berita tentang EPSA- Fundamental Project Management  telah diwar-warkan dalam laman web JKR pada 8 Julai 2014 (dah sebulan)  seperti berikut:

 

E Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) bagi Modul Fundamental  of Project Management (FPM) yang dibangunkan oleh PROKOM bersama INTAN  TELAH BOLEH  diakses di laman Web EPSA bermula pada 16 Jun 2014.

 

Sila KLIK disini untuk memuat turun Panduan Pengguna  E Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) bagi Modul Fundamental  of Project Management (FPM).  

 

Semoga warga JKR dapat  mengikuti pembelajaran ini  dengan melayari http://www.epsa.gov.my hingga memperolehi Sijil Tamat Kursus. 

 

Sebarang Kemusykilan bolehlah menghubungi  Ir. Dr. Hannerita di talian 03 2618 7535  atau Pn Nurafina di talian 03 26187543  atau pun En. Mohamad Norazri  di talian 03 2618 7545.

 

Salam EPSA – Learning Anywhere and Anytime,Unit Kompetensi Pengurusan Projek, PROKOM.

in Project Management 7,240 points 9 29 47
retagged by

4 Answers

4 votes
Saya dah masuk dan mula study, rasanya terlalu byk video yang perlu view dan sedikit mengambil masa.. hanya waktu pejabat yang sesuai untuk view kerana video memakan gig yang banyak jika belajar dirumah.
9,550 points 25 58 109
6 votes

Jumlah pengguna EPSA yang berdaftar adalah lebih kurang 30% daripada jumlah keseluruhan penjawat awam. Daripada jumlah 30% yang berdaftar tersebut, hanya 15% yang melalui kursus dan menamatkan kursus melalui EPSA.

Fundamental Project Management yang dibangunkan oleh JKR dan INTAN saya dapati amat berinformasi dan interaktif. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan masa yang agak lama untuk menamatkan kursus tersebut secara online. Warga JKR yang berminat untuk mengambil kursus tersebut diharapkan dapat membahagi masa antara kerja dan mengikuti kursus tersebut secara online. Minat, komitmen, dedikasi dan self driven adalah antara elemen yang penting bagi setiap individu yang berminat mengikuti dan menamatkan kursus tersebut. 

Dari perspektif individu, ini adalah satu cabang ilmu yang menarik dan sebenarnya dapat dipraktikkan dalam urusan harian kita.

Dari perspektif pembangunan kerjaya, warga JKR yang berminat dalam Project Management adalah dialu-alukan untuk mengikuti kursus tersebut dan mencapai tahap kompeten dalam Project Management.

Harapan saya agar sijil kekompetenan yang dikeluarkan samada oleh JKR ataupun INTAN diterima pakai dan diiktiraf di peringkat Kebangsaan ataupun Antarabangsa.

14,260 points 28 50 83
edited by
2 votes

Saya cadangkan roadshow ke seluruh cawangan/negeri sentiasa diadakan sebagai promosi berterusan.

34,220 points 16 58 148
4 votes
Tujuan JKR membangunkan EPSA Project Managment adalah untuk memberi peluang yang lebih luas kepada kakitangan JKR untuk mengetahui dan mempelajari asas Pengruusan Projek. Pembelajaran EPSA Project Managment ini adalah initiatif bersama dengan INTAN yang berlatar belakangkan 'interactive learning'. Semua kakitangan JKR yang ingin untuk mengikuti Kursus Pengurusan Projek Amalan Terbaik adalah dinasihatkan untuk melalui EPSA ini.

 

Jika dilihat peruntukan yang diterima oleh CLI untuk pembangunan kompetensi sememangnya adalah berkurangan dan hanya dengan kolaborasi bersama INTAN secara EPSA ini memberikan peluang yang lebih meluas kepada semua kakitangan JKR yang BERMINAT untuk mengikuti pembelajaran ini.

Project Management adalah merupakan bisnes utama JKR dan memerlukan kakitangan yang berkompeten untuk menjalankan semua proses dan aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan projek. Minat dan citarasa seseorang sahaja yang akan mendorong nya untuk mempelajari bidang yang diminatainaya.SO it is more self driven rather than outside influence for anyone in JKR to use EPSA platform especially in Project Managemnt areas.

So hopefully JKR Staff has that kind of appreciation and drive (motivation) to use EPSA fully at the beginner's level before they pursue into more higher level of project management functions.
9,180 points 17 34 86
...