search
Log In
22 votes
840 views
in Structure 700 points 5 7 12

4 Answers

6 votes

salam,

 

soalan Puan ni terlalu general. Boleh furnish some details tak?

infor yg diperlukan:-

a) konkrit  gred 35 ni nak di gunakan di bahagian mana? piling ke, slab ke, column ke? where?

b) berapa loading di kawasan tersebut?

c) berapa cement content dan w/c cement ratio yg di specified kan untuk kawasan yg hendak digunakan gred 35 concrete ni?

sebabnya daripada kenyataan puan ini, semua tempat /struktur adalah menggunakan gred 35, 

note: walaupun its been specified that concrete grade 35, in which the characteristic strength is 35 Mpa, but still the target mean strentgh selepas di campur SD is about 38.15MPa.

 

thanks

cool

Allahumma Yassir Waala Tuassir

14,930 points 12 51 137
0
Untuk struktur utama macam beam, slab, column JKR menggunakan gred 35 dalam rekabentuk berbanding gred 25 atau 30 yang digunapakai oleh pihak swasta (industri swasta)

Soalan ini sering kali ditanyakan oleh penceramah-penceramah luar, penemuduga-penemuduga luar daripada JKR dan jawapan yang sering diberikan adalah ini adalah polisi JKR.

Saya rasa memestinya JKR ada sebab kukuh kenapa gred 35 digunakan untuk projek-projek JKR.
5 votes
Mungkin Faktor Concrete Structure Durability bagi meminimakan kesan deterioration kepada Bangunan yang dibina oleh pihak kerajaan selain faktor Konservatif atau tidaknya seseorang designer. CKAS boleh comment.. saya pun ingin tahu.
9,540 points 25 58 109
2 votes

Kalau menurut kefahaman saya,(kebetulan concrete design mix adalah tesis akhir) semua design mix akan mengunakan formula berikut.

ft = fck + 1.65 S dimana fck perlu dicampur dengan 1.65 S (Standard deviation) (faktor safety la tu).

Ini bermakna, jika kita desgn struktur guna gred 30 (BS8110), di tapak sebenarnya kena guna gred yang lebih tinggi bagi mengurangkan risiko terjatuh gred akibat varian-varian yang tidak dapat dielakkan semasa bancuhan konkrit. Ini bermakna, jika selepas 28 hari risiko untuk gred konkit tidak menepati Rekabentuk RC dapat dikurangkan.

Selain mengurangkan risiko defect akibat mutu kerja yang tidak sempurna. 

Mungkin juga ada pandangan lain...

 

 

34,630 points 18 61 148
13 votes
Assalamualaikum Pn Norbaiti, Penggunaan gred konkrit adalah berkait rapat dengan keperluan cover sebagaimana yang diperlukan di dalam BS 8110. Jika dirujuk kepada Jadual 2.4 di dalam BS 8110, konkrit gred 30 hanya boleh digunakan di lokasi di mana pendedahannya adalah pada tahap 'mild', ie komponen struktur yang terlindung dari 'weather'... bermaksud komponen yang berada di bahagian dalaman bangunan. Untuk komponen struktur yang terdedah kepada anasir cuaca, ianya tergolong sebagai pendedahan moderate ataupun severe. Sehubungan dengan itu gred 30 tidak boleh digunapakai untuk komponen sebegini.

Bagi memastikan keseragaman penggunaan gred konkrit di seluruh struktur, maka Gred 35 telah di specify utk kegunaan keseluruhan sesuatu bangunan.

Keperluan cover sebagaimana yang disarankan di dalam Standard adalah penting memandangkan ianya juga adalah faktor penting untuk durability concrete tersebut.

Untuk makluman, Gred 25 hanya disarankan untuk digunakan untuk mass concrete sahaja.
50,150 points 24 102 239
...