search
Log In
19 votes
468 views
in Human Resource Management 10,190 points 33 70 108

2 Answers

11 votes
En Shahrum,

Saya setuju dengan persoalan ini dibangkitkan dan ianya penting diketahui oleh Staf JKR dan perlu dijawab oleh Bahagian Dasar, CPK. Walaubagaimanapun saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan pembaca apa yang saya tahu dari rakan-rakan CPK mengenai penstrukturan semula ini dan saya berharap selepas ini akan ada dari Bahagian Dasar CPK untuk memperjelaskan dengan lebih jelas lagi.

Apa yang saya tahu, penstrukturan semula di JKR berkait rapat dengan Tranformasi yang sekarang ini amat giat dilaksanakan disemua Kementerian dan Jabatan. Antara tujuan penstrukturan semula ini ialah;

1. CHANGE dari Project Based kepada Asset Based Organisation

2. Sinergi Pengurusan Aset dan Pengurusan Projek. Dalam ertikata yang lain, Pengurusan aset Menyeluruh

3. Improving delivery kepada Hybrid Matriks

4. Dan JKR terus moving forward sebagai Panasihat Teknikal Kerajaan.

Ada 5 keperluan dalam Penstrukturan semula ini iaitu;

1. Penambahbaikan skim Juruteknik

2. Pembangunan kerja kepada kumpulan P&P (bagi J41 dan J44)

3. Line communication

4. Kemajuan kerjaya bagi kumpulan P&P dan juga kumpulan Pelaksana

5. Struktur Organisasi

Jika kita lihat SEBELUM ini JKR ada 3 Sektor iaitu Bisnes, Pakar dan Pengurusan yang mana masing-masing diketuai oleh TKPKR berjawatan JUSA A. Manakala pada Penstrukturan BARU, ianya berubah kepada 3 Sektor baru iaitu, INFRA, BANGUNAN dan PAKAR yang mana setiap satunya diketuai oleh seorang TKPKT berjawatan JUSA A manakala Cawangan Pengurusan, Latihan, JKR Negeri dan Cawangan Aset Bersepadu diletakkan terus di bawah KPKR.

Secara Umumnya Penstrukturan semula ini telah mengambil kira semua faktor yang telah memberi kesan kepada perlaksanaan projek dan pengurusan aset iaitu;

1. Single point resposibility & pakar :- dari kaedah Matrik kepada Hybrid matrik

2. Fokus kepada Client & Bisnes Utama

3. Nisbah HODT : HOPT di kaji semula dan dibuat perubahan

4. Carta organisasi mengikut keperluan dan operasi

5. Pelaksanaan Pengurusan Aset Menyeluruh

6. Penempatan Secara Pentadbiran Kumpulan Pelaksana

7. Kemajuan kerjaya

8. Kekurangan Sumber Manusia di JKR Negeri dan Daerah telah diambil kira.

 

Sekian, dul dan saya harap ada jawapan daripada Bahagian Dasar, CPK agar perkara ini difahami oleh Staf JKR

Sekian, terimakasih

Mohd Fairuz
27,310 points 73 158 200
6 votes

JAWAPAN

Transformasi penstrukturan semula JKR adalah melibatkan:

  1. Perubahan dari Project Based kepada Asset Based Organisation
  2. Penambahabaikan sistem penyampaian projek daripada kaedah matriks kepada hybrid matriks dan ia juga dapat membantu aspek pengkhususan terhadap agensi pelanggan serta bisnes utama jabatan iaitu Pengurusan Projek, Pengurusan Aset dan Perundingan Teknikal.
  3. Pelaksanaan penstrukturan ini bertujuan memantapkan peranan jabatan dalam menguruskan aset kerajaan daripada proses pewujudan sehingga pelupusan. Tindakan ini juga bertujuan mewujudkan integrasi dan sinergi dalam aspek pengurusan projek dan pengurusan aset untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada agensi pelanggan dan rakyat.
  4. Moving forward sebagai Penasihat Teknikal Kerajaan

 

Faedah dan kelebihan struktur organisasi baru JKR

  1. Kemajuan kerjaya – pertambahan peluang kenaikan pangkat untuk kumpulan pelaksana dan pengurusan dan professional
  2. Pembangunan kerjaya dengan pewujudan lebih banyak jawatan J41 di Sektor Pakar
  3. Lebih jelas “line of communication”
  4. Struktur organisasi – penambahbaikan dengan mengurangkan lapisan hieraki, delayering dan pengagihan semula
  5. Single point responsibility dan kepakaran
  6. Fokus kepada klien dan bisnes utama
  7. Memperbaiki nisbah HOPT : HODT
  8. Membantu mengurangkan masalah kekurangan sumber manusia di JKR Negeri dan Daerah dengan mewujudkan PMO Negeri, Unit Pengurusan Aset Negeri serta Unit Pendidikan Negeri.
  9. Tindakan mengatasi masalah penempatan secara pentadbiran

Disediakan Oleh :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SKIM KEJURUTERAAN

CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT

930 points 6 10
...