search
Log In
18 votes
226 views
in Project Management 42,830 points 28 107 208
edited by

6 Answers

8 votes
Tuan Farijal,

Sebenarnya saya secara peribadinya tidak berapa selesa sekiranya ada staf JKR masih memohon pendapat atau mempersoalkan mengenai IBS. Ini adalah kerana JKR merupakan satu badan professional dalam sektor Awam yang telah banyak membawa pembangunan kepada Negara ini. Staf dalam JKR pula adalah dalam kalangan professional yang pelbagai disiplin yang mana boleh mencorak kepada pembangunan yang Lestari.

Walaubagaimanapun oleh kerana forum ini telah diajukan dalam forum ini maka saya rasa terpanggil untuk juga mencoretkan pandangan saya dalam forum ini.

Definasi IBS ialah satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak.

Manakala jika kita lihat objektif utama perlaksanaan  IBS ialah untuk meningkatkan kualiti, produktiviti, keselamatan dan daya saing dalam industri pembinaan, menyeragamkan rekabentuk, mempercepatkan tempoh pembinaan serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kurang mahir.

Disamping itu juga dengan perlaksanaan IBS, ianya secara tidak langsung akan menjana kepada "Open Building System" dan "Sustainable Development".

Bagi saya industri pembinaan di Malaysia tidak boleh lagi selesa dengan cara Konvensional sedangkan negara-negara lain seperti jiran terdekat kita Singapura telah pun bergerak kehadapan dengan pantas. IBS merupakan salah satu cara untuk mentranformasikan industri pembinaan dinegara ini.

Mengenai masalah yang selalu dikemukakan oleh perekabentuk, pengurus projek, klien atau kontraktor, bagi saya merupakan masalah yang boleh diatasi.

Saya faham masalah yang dihadapi oleh Perekabentuk dalam menyediakan rekabentuk dan perincian. Perkara ini saya kira akan dapat diselesaikan sekiranya perekabentuk faham keperluan IBS dan teknologi yang digunakan.

Saya juga faham masalah yang dihadapi oleh kontraktor terutamanya kontraktor Bumiputra yang telah lama biasa dengan cara konvensional. Dan saya kira ianya boleh diselesaikan sekiranya pihak kontraktor ini dapat memanfaatkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh CIDB denga mengeluarkan sedikit pelaburan untuk melengkapkan kebolehan dengan teknologi terkini dalam industri pembinaan dan seterusnya dapat bersaing dengan kontraktor yang telah pakar dalam bidang ini. Bayangkan jika industri pembinaan kita di-Liberalisasi-kan, APA AKAN JADI DENGAN KONTRAKTOR KITA??

Bagi saya IBS ini telah bermula dan kita di JKR perlu terus bergerak kehadapan.

Sekian dulu pandangan saya

Mohd Fairuz, CKASJ
27,610 points 73 158 200
6 votes
Tuan Farijal

Saya berpendapat IBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan mencapai tahap matang maka faedah-faedah seperti tempoh pembinaan yang cepat dan kualiti yang terkawal akan dapat dicapai.

Tetapi buat masa sekarang masih banyak perkara yang kita perlu belajar dan cabaran yang kita perlu hadapi untuk sampai ke tahap itu. Antaranya adalah perubahan rekabentuk ketika pembinaan memang antara perkara yang menyulitkan dan memang perlu diminimakan. Jika En farijal ada pendapat dan feedback mengenai kesulitan dan masalah ditapak seperti proses installation dan sebagainya saya secara peribadi mengalu-alukannya.

Kalau ade gambar lagi bagus.
1,890 points 2 13 26
0
Mohon maaf sekiranya apa yang saya ulas ini tidak tepat. Saya ingin menyambung persoalan mengenai IBS ini dengan harapan saya boleh memperolehi pemahaman mengenai dua perkara iaitu IBS dan Pre-cast. Bahan yang dihasilkan melalui kaedah pre-cast tidak semestinya memenuhi kehendak sistem IBS melainkan bahan tersebut dihasilkan mengikut modular atau dimensi tertentu. Analogi mudah : umpama tayar kereta yang mempunyai saiz pelbagai yang standard dan boleh diperolehi dengan mudah. Pohon pencerahan dan perbetulkan pemahaman saya ini.
7 votes
assalamualaikum

IBS merupakan satu inovasi pembinaan yang mendorong kepada kecepatan jangkamasa dan pengawalan kualiti pembinaan.

Walaubagaimanapun, cabaran yang dihadapi oleh pejabat kami adalah bangunan yang di spesifikasikan produk IBS telah membuatkan anggaran harga meningkat dimana seringkali melebihi peruntukan siling projek (walaupun menggunakan Interlocking block yang tidak memerlukan plaster, skimcoat dan cat). Buat pengetahuan, pejabat ini sering menerima brif projek dengan peruntukan yang minima. Ini menyekat kami untuk menggunakan produk IBS walaupun kami menyedari penggunaannya mampu mempercepatkan proses pembinaan.

Adakah cadangan atau panduan yang boleh dikongsi bersama supaya kami dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran kami supaya aplikasi bahan-bahan terkini dapat digunakan walaupun peruntukan yang diberikan minima.

Terima kasih
1,010 points 2 8 16
4 votes

Pendapat saya JKR perlu menjadi peneraju dan pusat rujukan untuk IBS yang sememangnya telah diketahui tentang kebaikannya. Rungutan tentang IBS perlu ditangani secara berkesan dan efektif kerana faedahnya besar kepada negara kita agar lebih berdaya maju di masa hadapan.

35,410 points 16 58 150
4 votes
Bagi saya IBS is the future. Actually it has been practiced all over the world dan terbukti lebih efektif daripada segi time, cost and manpower. Tetapi entah kenapa IBS di Malaysia di pandang dingin. Kontraktor lebih selesa dengan cara konvensional berbanding IBS. Adakah kita telah terlalu selesa dengan keadaan sekarang sehingga kita tak mahu berubah? ataupun ada juga yang mengatakan tentang monopoli?
10,190 points 33 70 108
1 vote

Pada pandangan saya memang benar JKR harus mempermajukan kaedah pembinaan yang berasaskan sistem IBS, namun sepanjang perbincangan dalam forum ini tiada pihak yang sentuh tentang isu kebolehsenggara dan kos yang bakal tertimbul sepanjang proses penyenggaraannya. Perbanding harus juga dibuat terhadap perbedaan kos pembinaan dan kos penyenggaraan berbanding dengan pembinaan konvensional, kerana melalui proses semakan itu baru kita boleh memberi keyakinan yang lebih teguh andai ditanya dan dipersoalkan tentang keberkesanannya.

Disamping itu adakah dan sudahkan JKR membuat kajian rapi terhadap kekukuhan sistem IBS dalam menghadapi kejadian gempabumi. Isu ini terlalu penting terutama kejian terhadap perincian sambungan itu untuk menghadapi gegaran gempabumi. Andai kajian telah dilaksanakan terhadap impak kejadian gempabumi, apakah tahap kesanggupan sistem IBS itu bertahan magnitude gegaran gempa itu ketahap richter yang berapa?

49,050 points 106 197 356
...