Zaman IT semakin canggih dan jika dilihat makin mudah dan cepat maklumat sampai dari serata dunia. Antaranya whatapps. Tapi tahukah anda, dalam kerja-kerja harian menggunakan perisian "office" seperti MS Word, MS PowerPoint, MS Excel juga telah di tambah baik oleh pihak Google?
GOOGLE SPREADSHEET
Pada masa sekarang ini, saya lihat kebanyakan dari kita, apabila hendak mendapatkan sesuatu maklumat, kita menghantar satu borang menggunakan excel kepada pihak yang akan mengisi maklumat tersebut. Ia tidak menjadi masalah jika hendak mendapatkan maklumat dari satu pihak sahaja. Tetapi apabila hendak mendapatkan maklumat dari pelbagai pihak, anda perlu emal setiap pihak kemudian anda akan dapat banyak emel maklumat dari mereka, kemudian anda perlu kompilasikan semua maklumat tersebut dalam satu spreadsheet excel.
Tetapi jika anda menggunakan google spreadsheet, kerja anda menjadi mudah kerana semua pihak akan mengisi maklumat pada satu spreadsheet sahaja secara serentak. Ia dipanggil "collabration" secara realtime (online). Berikut satu contoh borang online yang anda boleh isi pada bila-bila masa secara online secara serentak beramai-ramai :-
http://goo.gl/H4WxCU
Ia juga sangat membantu jika kita perlu sentiasa mengemaskini sesuatu spreadsheet. Jika menggunakan excel, akan terdapat banyak fail excel dan version excel sehingga kita tidak pasti yang mana satu merupakan fail excel yang terbaru. Jika menggunakan Google Sheet, kita hanya perlu update satu spreadsheet sahaja. Ia juga penting jika kita hendak melaporkan sesuatu laporan secara berkala, hanya perlu beri satu pautan(link) sahaja sepanjang tahun untuk membaca pelaporan yang sentiasa dikemaskini setiap bulan.
GOOGLE SLIDE, DOC dan FORM
Untuk google slide, doc juga sama seperti MS Powerpoint dan Word. Ia lebih baik kerana ada "feature" collabration dan "share".
Untuk google Form pula adalah untuk membuat "survey" secara "online".
GOOGLE DRIVE
Google Drive pula, kita boleh share folder kita kepada sesiapa sahaja. Berguna jika di dalam satu unit/cawangan ingin berkongsi fail seperti pekeliling, Surat arahan, borang-borang. Dan kelebihannya semua pengguna akan dapat lihat fail yang terkini apabila fail di dalam folder dikemaskini. Jika sebelum ini, kita berkongsi menggunakan emel, apabila ada pertukaran pekerja, pekerja baru tidak dapat emel sebelum ini tidak tahu ttg borang atau pekeliling baru di dalam unit/cawangan tersebut.
Sekian,
Sekadar Perkongsian.
Mohd Fahdli