JKR sendiri dianggotai oleh pelbagai Cawangan & Bahagian seperti CPK, CKS, CUB, CKE, CKM dsbnya tertakluk kepada apa yang hendak dicapai melalui akta atau undang-undang berkenaan. Ianya perlu melalui KKR supaya boleh diperhalusi oleh PUU sebelum diangkat untuk proses menjadikannya sebagai akta atau undang-undang. Perlu diberi perhatian bahawa perlaksanaan akta/undang-undang adalah seiring dengan elemen Penguatkuasaan. Ini akan memerlukan tambahan kakitangan dan sumber lain yang perlu difikirkan.