Pada pandangan sy, pada masa Kini, hanya kaedah menelefon ke jabatan yang dijangka ade kekosongan sahaja boleh dibuat.
Sekiranya pertukaran itu hanya sekadar pertukaran di dalam negeri yang sama (pertukaran dalaman), surat permohonan melalui ketua jabatan kepada Pengarah Negeri berkenaan untuk pertimbangan.
Walaubagaimanapun, sekiranya pegawai berkenaan lantikan persekutuan ingin beralih ke lantikan negeri di sesuatu negeri, maka surat permohonan melalui ketua jabatan hendaklah dibuat terus kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang terbabit untuk pertimbangan.
Sy ingin cadangkan supaya dibangunkan satu sistem yang boleh diakses oleh pegawai JKR bagi mengetahui jumlah kekosongan yang terdapat di Bahagian, Cawangan, Pejabat JKR Negeri , Pejabat JKR Daerah dan sebagainya.