search
Log In
21 votes
153 views
in Project Management 11,770 points 15 40 79

3 Answers

4 votes
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2013
 
PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp062013.pdf

 

Pandangan saya :

Tidak perlu menempatkan wakil SPRM bagi projek seliaan JKR. Wakil SPRM telahpun berada di Unit Integriti Kementerian Kerja Raya.

 

 

 

8,120 points 25 56 91
0
Sepatutnya WAJIB diletakkan terutama bagi projek berimpak tinggi
3 votes

Saya mencadangkan lebih ramai pegawai JKR memohon untuk mengikuti kursus untuk memperolehi kelayakan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer) atau singkatannya CeIO. Mungkin pada satu masa nanti setiap CeIO boleh ditempatkan di JKR Cawangan dan Negeri dan dapat melaksanakan peranan dengan lebih berstruktur dan yakin.

370 points 2 4 10
4 votes

Saya pernah mengikuti Kursus Pengurusan Rasuah CRM pada tahun lepas (2015) di PJD dengan dibimbing oleh seorang Bekas Pengarah SPRM Negeri, dan pada pandangan saya Unit Integriti di Jabatan adalah memadai namun pendedahan berterusan kepada risiko rasuah perlu disalurkan kepada semua penjawat awam dalam JKR dan kontraktor yang menjalankan projek. 

Pada pemahaman saya Integriti dan rasuah sebenarnya adalah sesuatu yang berbeza. Rasuah dilakukan oleh mereka yang tidak berintegriti namun tidak berintegriti bukanlah bermakna sesorang itu melakukan rasuah. Ini kerana rasuah menurut perundangan boleh dan perlu dibuktikan namun tidak bagi kes-kes integriti. 

Antara contoh tidak berintegriti ialah melambat-lambat kerja (mungkin kelulusan ITP dsb) tanpa alasan yang munasabah mungkin menganggu kelancaran projek tetapi adakah isu rasuah disitu? 

Sekadar pandangan...

34,650 points 18 61 148
...