search
Log In
24 votes
156 views
Pegawai JKR Sedia maklum bahawa Sistem Latihan merupakan sistem bagi pengumpulan maklumat mengenai status dan kehadiran pegawai ke kursus sama ada kursus dalaman dan luaran.. Laporan kehadiran bagi setiap Cawangan juga boleh dijana sepertimana emel laporan En.Noorazman Ramlee bagi laporan % 7hari berkursus setiap Cawangan dan Negeri...

Kenapa penyelaras di sesetengah Bahagian masih lagi memohon pegawai untuk update senarai kursus secara manual sedang kan penggunaan Sistem Latihan telah lama, Benda yang sama tapi memerlukan kerja 2 kali...
in Stakeholders Management 27,300 points 38 98 205
0
1.My point of view...Sistem latihan Online yg mana generate online report 7 hari berkursus secara dasarnya belum stabil sepenuhnya....Penambahbaikan telah dibuat utk my latihan ver 2...so in order to ensure ver 2 ni stabil..kita di semua cawangabn masih perlukan manual report sebagai back up. kalau x silap saya..since may 2014..semua report generate by online dah sekrg...

2. just to share, saya di CKE masih mengamalkan manual reporting. tetapi manual report ini tidak dihantar ke BLP, setakat simpanan kami shj. sbb sy berpendapat..sesempurna mana pon sesuatu system...back up perlu ada....
0
Tidak semua kakitangan dapat menggunakan sistem online ini kerana tidak tahu nk guna komputer & tiada kemudahan ict  terutamanya kumpulan sokongan 2 yg melibatkan pekerja am dan buruh....ini menambahkan beban kepada penyelia latihan terutama di peringkat daerah untuk update sistem. Kalau dapat biarlah sistem ini lebih user friendly. Di peringkat daerah pun ada diadakan sistem yg hampir serupa tapi lebih mudah dikendalikan untuk mendapatkan laporan yg sama.

4 Answers

4 votes
Matlamat paperless macam kurang berjaya.. Kos Software nak develop e- e- ni matlamatnya nak jimat kertas kan..
9,530 points 25 58 109
4 votes
Dipejabat saya, kami perlu membuat reporting untuk

1. Buku Log Kursus (menggunakan fail)

2. Fail Laporan Kursus

Seperti 2 kerja pula untuk menyempurnakan keperluan laporan kursus tersebut.

Boleh saya dapatkan sebab mengapa perlunya kaedah ini ketika kita mahu bergerak ke arah paperless?

terima kasih
1,010 points 2 8 16
3 votes
Bagi saya ia adalah reduntant, sepatutnya cukup dgn online sahaja.
10,190 points 33 70 108
3 votes
Sebaiknya Sistem Latihan yang dibangunkan mengambil kira semua aspek termasuk senarai keperluan analisa yang lengkap, keperluan infra di samping penumpuan kepada usability dan overall user experience.

Sistem ICT kebiasaannya dibangunkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses yang biasanya dijalankan secara manual. Ini termasuk mengurangkan sebarang keperluan untuk menyediakan laporan secara manual. Saya percaya pihak yang berkenaan sedang mengambil langkah2 yang berkaitan bagi menanmbahbaik sistem sedia ada.

Saya juga ingin mencadangkan agar Sistem Latihan yang sedia ada dapat menyediakan akses kepada pengguna untuk mendapatkan nota latihan dan video (sekiranya ada) secara atas talian. Ini sudah tentu akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan Sistem Latihan dengan lebih kerap.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai latihan yang dihadiri, pengguna boleh berkongsi pendapat di portal JCoP Cafe :D
51,700 points 33 88 182
...