search
Log In
15 votes
190 views
Salam.

Apakah kesan GST terhadap peningkatan kos projek? dan contoh-contohnya..
in Risk Management 9,530 points 25 58 109
0
Dicadangkan pihak JKR menjemput pihak Kastam memberikan taklimat yang spesifik dalam pelaksanaan GST terhadap projek dan sebutharga yang dilkendalikan oleh JKR

1 Answer

4 votes
 
Best answer

GST MENGGANTIKAN Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (SST) Sedia Ada, BUKANNYA CUKAI BARU

Apa itu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
Dikenali sebagai GST atau VAT (valued added tax) di seluruh dunia, 

  • GST ini ialah cukai penggunaan yang meluas yang memberi kesan kepada semua pihak dalam sistem cukai, daripada sektor pembuatan hinggalah ke bahagian runcit. GST ini berdasarkan konsep cukai-atas-penambahan-nilai untuk mengelakkan duplikasi cukai.
  • Ini adalah berbeza dengan kedua-dua cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan di Malaysia yang hanya ditambah pada satu peringkat (Cukai Jualan di peringkat pengilang, dan Cukai Perkhidmatan di peringkat pengguna).
  • Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia (GST) pada mulanya dicadangkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2011 untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sedia ada, tetapi menerima banyak tentangan daripada orang ramai, sebahagiannya disebabkan oleh implikasi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang penting, juga sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan penjelasan keseluruhan penggunaan sistem cukai semasa di Malaysia.

Dalam ASEAN, hanya 3 negara sahaja yang masih belum mengenakan GST iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar. Walaubagaimanapun, mulai 1 April 2015, kerajaan Malaysia akan memperkenalkan GST pada kadar 6%. Perbandingan GST dengan negara lain adalah seperti berikut:-

  1. Indonesia - 10%
  2. Thailand - 10%
  3. Singapura - 7%
  4. Filipina - 12%
  5. Kemboja - 10%
  6. Vietnam - 10%
  7. Laos - 7%

Mohon maaf kerana penerangan yang panjang lebar. Kesimpulannya, melalui taklimat yang diberikan oleh pihak MOF, kos projek akan meningkat kesan daripada GST. Walaubagaimanapun, sumber pendapatan negara akan meningkat hasil kutipan cukai yang cekap ini. Harap-harapnya kakitangan awam dapat menikmati BONUS yang lebih.

14,280 points 28 50 83
selected by
...