Maklumat dari laman web CPUM:-
Penubuhan Unit MRT
Unit MRT ditubuhkan bagi membantu Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) menjalankan peranan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif MRT (EXCO MRT) untuk menyelaras dan menyelesaikan isu antara agensi pelaksanaan Projek ini. EXCO MRT juga berperanan membuat ketetapan dasar pelaksanaan projek MRT yang memberi kesan sederhana atau besar.
Selain itu, Jemaah Menteri dan EXCO MRT telah bersetuju agar JKR menjalankan khidmat Sokongan Tadbir Urus Pihak Ketiga (Third Party Project Governance Support, PGS) projek MRT bagi menjaga kepentingan kerajaan dengan peranan-peranan seperti berikut:
- Memberi semakan & imbangan.
- Memastikan konsep pelaksanaan yang jelas dan pengukusan prestasi pakej kerja.
- Memastikan pengkongsian risiko antara pihak terlibat.
- Menyelesaikan pertikaian isu teknikal & menjaga kepentingan kerajaan
Di samping itu, Unit MRT juga ditubuhkan bagi menyahut saranan Menteri Kerja Raya supaya JKR terlibat giat dalam bidang baru pembangunan seperti projek MRT ini. Unit MRT akan menjalankan aktiviti seperti berikut:-
- Pasukan Audit Teknikal Projek MRT - Membantu Jabatan Audit Negara melaksana Audit Teknikal Projek MRT.
- Khidmat nasihat Teknikal Berkenaan Kejuruteraan Keretapi - Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan berkenaan Kejuruteraan Keretapi dalam pelaksanaan Pengurusan Nilai dan Jawatankuasa Pemandu Pembinaan Projek Keretapi.
- Pembangunan Kompetensi Kejuruteraan Keretapi - Membina keupayaan dan kompetensi baru bagi JKR dan pegawai-pegawai profesionalnya dalam bidang baru seperti pembangunan keretapi dan pengangkutan awam.
**MRT Corporation adalah sebuah GLC di bawah PEMANDU dan tidak mempunyai kakitangan teknikal yang lengkap. Oleh yang demikian, 3rd Party PGS oleh JKR dihantar merangkumi keseluruhan disiplin teknikal bagi membantu MRT Corp.