Tuan,
Pada pendapat saya, JKR perlu bersedia dan perlu mengkaji dalam pelaksanaan rekabentuk bangunan menggunakan EC8. Kalau tidak silap saya sebelum ini CKASJ pernah mengeluarkan deraf untuk panduan rekabentuk bangunan menggunakan EC8.
Selain itu, pelaksanaan untuk rekabentuk bangunan menggunakan EC8 perlu dikaji secara menyeluruh pada lokasi-lokasi tertentu atau pada semua bangunan yang direkabentuk oleh pihak JKR tetapi berpatutan mengikut zon-zon tertentu.