search
Log In
24 votes
112 views
ULASAN DAN CADANGAN.

Saya merasakan melalui Berita - berita dan Pengalaman Pegawai -Pegawai lebih Senior bahawa mereka kerap terlibat seperti pernah terlibat atau pernah mendengar rakan mereka menghadapi tribunal atau jawatankuasa siasatan apabila berlaku beberapa peristiwa atau kes-kes yang mendapat teguran Audit Dalaman mahupun Audit Negara,

Namun, yang mendukacitakan adalah pegawai tersebut yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan dan yang telah mencurahkan keringat dengan sijil sijil kejayaan dalam ratusan projek malah jika senior mungkin ribuan projek namun dengan hanya 1 kelemahan / kesilapan samada terlibat secara langsung atau tidak langsung maka mereka ini disibukkan saban hari dengan arbitration... penyiasatan jawatankuasa sana sini..

Mengapa pendekatan ini yang berlaku dalam agensi kerajaan. Berapa ramai pihak yang nak jadi tukang Audit. Tak Cukup dengan Audit Negara  ada pula bermacam-macam jenis audit. Laporan demi Laporan Auidt dikeluarkan dan diumumkan namun kerap masalah sama berulang.

Saya mencadangkan agar pendekatan ini diubah dan perlu dimulakan di dalam JKR terlebih dahulu. Pengurusan atasan juga boleh membantu dengan memberikan panduan, nasihat, menunjuk kan jalan kebenaran melalui contoh contoh tauladan. Jika pentadbir kontrak susah mereka bantu keluarkan dari jalan masalah. Jika Designer silap maka dibantu dan ditunujk rekabentuk yang baik. Bukan selepas berlaku kesalahan dan dikesan audit maka masing-masing ingin menjadi pakar. Pakar Forensik mungkin adalah tugas hakiki mereka tetapi Pakar-Pakar lain pergilah bantu junior-junior anda terutma di state mahuoun di HQ yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Usahlah hukum sahaja, semasa rancang projek sampai 20 orang duduk semeja bincang/mesyuarat tapi bila Audit masuk sorang-sorang nak jawab pertuduhan. Tiada moral support, guru hilang entah kemana, hang pandai lah jawab sendiri..

cadangan saya wajar ditubuhkan satu unit khusus terdiri dari pakar-pakar ini pergi hands-on, bantu designer, bantu pegawai tapak bina yang berdiri sorang-sorang tengah panas untuk selesai masalah tapak, bukan hanya menuding bila masalah telah berlaku. Unit ini juga boleh berperanan untuk memberikan khidmat nasihat kepada pegawai yang ingin menghadapi siasatan atau pertuduhan di mahkamah agar nasib mereka terbela.

 

Harap coretan ini mendapat perhatian sewajarnya.
in Contract Administration 9,530 points 25 58 109
edited by

2 Answers

4 votes
 
Best answer
En.Fairuz

I totally agree with the relevance of your question & your comment

We should work as a team in JKR, when we do the planning, the implementation & when receiving the gratification for the job well done. Everybody wants to go on stage to receive the gratification. But we must not forget to come together to give full support & answers when there is any problem in the project, especially when he audit report arises.

I am sure the problems do not occur just because of one person  - if it is a team effort for all other processes - then why do we resort to finger pointing when problems arise?

In conclusion - we must work as a TEAM -  we must push our JKR name up - especially in the current situation we are facing
7,620 points 12 29 53
selected by
2 votes
Kita adalah kakitangan Kerajaan yang dibayar gaji. Kita bertanggungjawab untuk menjalankan tugas kita sebaik mungkin. Ilmu dan pengalaman hendaklah digunapakai. Prosedur dan Peraturan diadakan untuk membantu di dalam menjalankan tugas.

Apabila terdapat masalah pada satu-satu projek, Audit hanya akan masuk sekiranya ianya pada tahap disaster. Itu adalah tugas Audit dan kita tidak sepatutnya menyalahkan mereka.  Dan tidak salah sekiranya mereka yang bertanggungjawab terhadap kesalahan tersebut diminta membela diri. Saya yakin menghukum hanya diambil apabila tiada jalan keluar yang lain kerana peratusan dihukum dengan bilangan projek atau kesalahan di dalam projek adalah terlampau kecil.

Apa yang perlu difikirkan oleh Pihak Pengurusan Atasan JKR adalah kaedah yang perlu diambil agar masalah-masalah ini tidak berulang. Sehubungan itu cadangan saya adalah :

a. Setiap tahun mungkin JKR boleh menyenaraikan masalah-masalah besar yang timbul dan kesan pada projek tanpa perlu menamakan projek tersebut. Kemungkinan dipaparkan di dalam satu web yang hanya boleh diakses oleh kakitangan JKR sahaja. Get the person/group yang membuat kesalahan tersebut buat write-up, diaudit dan dipaparkan. Memang kita tidak dapat lari dari membuat kesalahan tetapi kita tidak perlu mengulang kesalahan yang dibuat oleh pegawai lain. Dan ini dapat dicapai dengan berkongsi pengalaman tersebut.

b. Untuk sebarang projek yang bermasalah, the project team kena mengadap satu jawatankuasa peringkat Atasan JKR Peringkat Negei atau Cawangan. Itu akan membuatkan kakitangan akan lebih berhati-hati di dalam menjalankan tugas. Surat tunjuk sebab boleh dikeluarkan, kenaikan ditangguh dsbnya mengikut severity. Takkan kalau kesalahan yang mencecah jutaan RM pegawai masih boleh bermasam muka sekiranya dikenakan tindakan. Kemungkinan sekiranya di swasta telah diberhentikan kerja.

c. Peluang pembelajaran berterusan perlu disediakan untuk kakitangan dan ini saya rasa sedang diamalkan oleh JKR. Cuma ketiadaan hukuman membuatkan kakitangan kurang teliti dan bersungguh di dalam menjalankan kerja.
380 points 1 3 8
edited by
...