Sekadar berkongsi pandangan.
Kesesuaian pemilihan Universiti yang terbaik untuk tuan sambung pengajian pada peringkat Sarjana bagi saya adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:-
Institusi yang memiliki kredibiliti
Pemilihan Universiti yang berkualiti adalah penting bagi memastikan Sarjana yang diperolehi diiktiraf oleh JPA dan dikenali oleh Badan Profesional yang lain. Berikut adalah senarai IPTA / IPTS yang terbaik di Malaysia:-
- Universiti Malaya (UM) – IPTA
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA
- Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA
- Universiti Multimedia (MMU) – IPTS
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA
- Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS
- Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – IPTA
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS
- Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS
Kesesuaian tempat
Pemilihan Universiti tersebut tidak menjadi halangan kepada pihak tuan mahupun keluarga untuk menjalani kehidupan dan aktivit harian. Contohnya, mencari tempat tinggal, tempat persekolahan dll.
Pencarian pengajian Sarjana tersebut boleh dibuat lebih awal dengan menilai silibus-silibus yang ditawarkan. Sekiranya telah menjumpai Universiti yang bersesuaian, segeralah kemukakan permohonan untuk diproses pihak Universiti. Kesimpulannya, pencarian pengajian Sarjana dalam Bidang Material Engineering & Technology - Civil (Bidang Keutamaan) boleh dibuat di Universiti yang terkemuka tersebut dan pastikan ianya termasuk dalam senarai Universiti yang telah diiktiraf oleh JPA, MQA dan BEM.