search
Log In
11 votes
186 views
in Human Resource Management 14,280 points 28 50 83

1 Answer

6 votes
 
Best answer

JAWAPAN

Definisi Pegawai JKR adalah pegawai JKR yang meliputi pegawai Pengurusan Dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana Skim Kejuruteraaann (J) di bawah Ketua Perkhidmatan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia yang mana penempatannya adalah di Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri, JKR Daerah dan kader di pelbagai agensi dan jabatan.

Peranan strategik pegawai kader adalah:

  1. Sebagai penasihat teknikal
  2. Berperanan melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat fasa permulaan meliputi definisi projek, penyediaan brif projek, menyediakan peruntukkan projek, melaksanakan kajian kemungkinan
  3. Pengurusan aset dan fasiliti

Berdasarkan Dasar Penempatan Dan Pembangunan Kerjaya JKR klausa 5.7,

“Jawatan kader/ pinjaman dan jawatan-jawatan di negeri yang stand alone di jabatan atau agensi kerajaan yang lain hanya boleh diisi oleh pegawai yang telah mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan iaitu Gred J41 yang telah mempunyai minima dua (2) tahun pengalaman dalam rekabentuk/ pengurusan projek/ pengurusan aset atau Gred J44 ke atas serta penempatan di sesuatu jawatan kader adalah tidak melebihi lima (5) tahun”

Berdasarkan penstrukturan semula JKR, Bahagian Kader telah dimansuhkan tetapi fungsi dan peranan Bahagian tersebut dipindahkan ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat.  Fungsi ini meliputi:a)

  1. Merancang, mengurus, dan menyelaras komunikasi dan informasi intra-agency dan inter-agency secara sistematik, efisyen dan efektif
  2. Menjadi urusetia bagi menyelaras aktiviti Majlis tindakan Kader
  3. Mengurus keperluan latihan dan pembangunan pegawai kader
  4. Merancang, menganalisis, mengkaji dan menyediakan pelan penambahbaikkan perkhidmatan kader termasuk penambahbaikkan skop tugas-tugas pegawai kader
  5. Menyemak, memantau, dan mengemaskini maklumat pegawai kader dalam sistem MyKJ
  6. Menguruskan kebajikan am pegawai kader

Disediakan Oleh :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SKIM KEJURUTERAAN

CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT

930 points 1 6 10
selected by
0

Terima kasih di atas informasi yang diberikan.  Saya sedikit terkeliru kerana apabila melihat kepada situasi sebenar, ada pegawai gred J41 yang masih belum mencapai tahap kompetensi dengan pengalaman kerja kurang 2 tahun di JKR telah ditempatkan di pos kader.

Adalah diharapkan dengan struktur baru ini, JKR dapat memanfaatkan informasi intra-agency dan inter-agency daripada pegawai-pegawai kader untuk terus kekal releven, lebih terbuka, efisyen dan efektif.

...