search
Log In
16 votes
395 views
Perlu buat aduan ke JPA?
in Human Resource Management 4,990 points 5 27 43

1 Answer

6 votes

JAWAPAN

Tindakan yang telah diambil oleh Jabatan susulan daripada arahan penempatan secara pentadbiran tidak dibenarkan adalah:

  1. Pemakluman kepada semua Pengurusan Atasan JKR semasa Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia pada 27 Januari 2015.
  2. Edaran surat pemakluman kepada semua Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan dan JKR Negeri pada 28 Januari 2015.
  3. Memanggil JPA memberi taklimat kepada semua Pengarah Kanan/ Pengarah Cawangan pada 11 Februari 2015.  Tidak dibenarkan penempatan secara pentadbiran mulau 1 Mac 2015.  Mana-mana yang telah dibuat sebelum ini perlu dimaklumkan kepada JPA dan tindakan pembetulan perlu dibuat segera.
  4. Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat telah edar templates untuk kenalpasti penempatan yang telah dibuat secara pentadbiran dan akan berhubung dengan JPA untuk tindakan selanjutnya.
  5. Maklumat dan templates untuk pegawai Pengurusan dan Profesional JKR telah diperolehi daripada semua Cawangan. Manakala maklumat untuk kumpulan Pelaksana masih belum lengkap kerana arahan penempatan untuk kumpulan pelaksana masih belum selesai.
  6. Mesyuarat bersama KKR telah diadakan pada 5 Mac 2015, dan diputuskan tarikh akhir untuk kenalpasti penempatan secara pentadbiran adalah Mei 2015.
  7. Pihak JPA akan membuat Auditan HR selepas itu dan tindakan akan diambil terhadap Pengarah Kanan/ Pengarah Cawangan yang ingkar.

 

Disediakan Oleh :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SKIM KEJURUTERAAN

CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT

 

 

 

 

 

 

930 points 6 10
0
Bagaimana pula di JKR Negeri? Adakah tertakluk kepada audit juga?
0
Ada tak surat edaran yang penempatan secara pentadbiran tidak dibenarkan? Kalau ada boleh email ke [email protected]
Dah try google x jumpa la
...