search
Log In
21 votes
501 views
Adakah CCC dan CPC perkara yang sama?
in Contract Administration 250 points 3 3 4

6 Answers

10 votes
 
Best answer

CCC dan CPC  adalah dua jenis perakuan yang berbeza.

CCC [Certificate of Completion and Compliance] atau  Perakuan Siap dan Pematuhan merupakan perakuan yang menggantikan CFO  dan dikeluarkan oleh Arkitek Profesional yang berdaftar dengan LAM atau  Jurutera Profesional yang berdaftar dengan LJM  sebagai Orang Utama Yang Mengemukakan [the Principal Submitting Person = PSP] atau Orang Yang Mengemukakan[Submitting Person = SP].

CPC (Certificate Practical Completion (CPC). atau Sijil Perakuan Siap Kerja adalah perakuan yang dikeluarkan melalui Syarat-Syarat Kontrak apabila sesuatu projek yang sedang dilaksanakan itu telah siap sepenuhnya atau telah mencapai keperluan untuk bangunan tersebut berfungsi secara praktikal.

720 points 3 3 8
selected by
–5 votes
Jawapan sila rujuk Buku Panduan Pentadbiran Kontrak kerja Raya Edisi Ke-3

Sekian,
930 points 6 10
0
Perakuan CCC berkaitan dengan KPKT, JPPD, PBT...please correct if im wrong...
1 vote
CCC - boleh dirujuk Proses Pengeluaran CCC

CPC- Dikeluarkan oleh PD/SO...
200 points 2 3 5
2 votes
Keduanya sama tetapi tidak sama dari segi perundangan.

CCC dikeluarkan oleh  PSP setelah mengesahkan semua kerja-kerja mematuhi kehendak CCC melalui pengesahan kesemua borang G oleh stakeholder-stakeholder yang terlibat,

dan

CPC adalah lebih bersifat kerja siap berdasarkan kontrak dan dikeluarkan oleh SO.
34,220 points 16 58 148
–2 votes
Cth Projek Design & Built, Sewajarnya CCC dikeluarkan dulu oleh  Ar.  atau Jurutera Professional -Form F.

Kemudian barulah CPC boleh dikeluarkan tetapi adakah ia menjadi amalan kini di JKR iaitu mengeluarkan CPC terlebih dahulu kemudian baru CCC.. saya pun kurang pasti.
9,550 points 25 58 109
0
Tuan Fairuz,

CPC perlu bagi semua projek pembinaan sekiranya dinyatakan didalam kontrak. CPC bermakna tamat tempoh pembinaan dan boleh diduduki oleh pelanggan dan DLP akan bermula.

Walaubagaimanapun, CCC adalah jaminan daripada PSP yang bangunan mematuhi segala aspek perundangan dan selamat untuk diduduki. Ia mengantikan CF yang sebelum ini dikeluarkan oleh PBT.

Masalah yang timbul di JKR untuk CCC projek konvensional adalah apabila SO terdiri dari jurutera yang mengawasi projek, pihak arkitek JKR keberatan untuk mengesahkan  pembinaan telah mematuhi spesifikasi pembinaan dan selamat kerana arkitek JKR tidak terlibat dalam pengawasan projek dan ini tidak selaras dengan etika profesional, iaitu mengesahkan perkara yang tidak pasti.

Untuk projek yang mempunyai konsultan arkitek, contohnya Reka dan Bina,  pihak jabatan akan menekankan keperluan CCC kerana pihak konsultan menawarkan khidmat pengawasan sebahagian dari Basic Services.

Sekiranya jabatan, mahukan CCC dikeluarkan untuk projek konvensional, Arkitek perlulah memainkan peranan sebagai SO.
0
Terima Kasih En.Aidzil.. banyak manfaat saya perolehi dari JCoP.. menambah ilmu dan sbg lesson learnt.
0

Masalah yang timbul untuk projek PFI, mengikut perjanjian konsessi(CA), CCC perlu dikeluarkan terlebih dahulu oleh PSP  sebelum CPC dikelurkan oleh PD/SO.Contohnya untuk Projek Pusat Latihan Teknoloji Nasional(PLTN) JKR di Melaka, Pihak Konsultan perlu keluarkan CCC sebelum CPC ditandatangan oleh KSU,KKR selaku Wakil Kerajaan Malaysia. Setelah CPC dikeluarkan bermulalah bayaran bulanan secara PFI melalui kaedah BLMT selama 15 tahun...

Isu yang timbul sekiranya projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Pihak Ssyarikat perlu menyediakan tempat latihan sepertimana skop projek dengan menyewa tempat lain disebabkab EOT tidak dibenarkan.Adakah perkara ini boleh direalisasikan disebabkan Pusat Latihan memerlukan peralatan latihan/perabut/ICT dan sebagainya...

Saya berpendapat adalah wajar diperolehi CCC terlebih dahulu walaupun projek lewat disiapkan dan diserahkan kerana banyak masalah yang timbul tambahan pula terdapat bullet payment untuk peralatan latihan/perabut/ICT dan sebagainya.

 

 

2 votes
  1. Tidak. CCC dan CPC adalah dua perkara yang berbeza. CCC adalah satu keperluan daripada PBT dan hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum CPC boleh dikeluarkan. Peruntukan ini dinayatakan dalam Klausa 44.2  Syarat-syarat Kontrak (PWD FORM DB (Rev. 1/2010).

610 points 9
0
Jika ini adlah projek D&B, CCC adalah satu keperluan sebelum CPC dikeluarkan. Bagaimana jika projek itu adalah projek konvensional JKR

1. Direkabentuk oleh perunding tetapi diselia oleh JKR

2. Direkabentuk oleh perunding dan diselia oleh perunding (bukan Design & Build)
...